Monday, January 9, 2017

Cabaran baru 2017

2017 dah masuk hari ke 9! Selamat Tahun Baru!!

Hari ini baru rasa nak update blog, sebab aku rasa medan ni tetap menjadi pencetus kepada segala yang berlaku hari ini.

Ok, tahun ni memang best untuk semua orang biarpun kita dijangka bakal menghadapi cabaran ekonomi yang bakal memberi kesan kepada cara hidup malah akan menambahkan HABUK di poket masing-masing.

Takpa, sebab ini bermakna kita semua kena kerja lebih kuat dengan semangat yang lebih kental berbanding tahun sebelumnya.

Aku sendiri, di tahap ni memang banyak cabaran baru nk kena hadap.

So, kita layankan dulu, dan baru-baru ni tempat kerja aku Astro Awani telah melancarkan Hari Ini 8!



Ya, tak nafi kewujudan aku kat situ. Tapi bukanlah bermakna aku akan baca berita. Cuma sekadar tempekan saja! hihih....

Tapi, banyak benda akan dikongsi melalui blog ni, mungkin kisah-kisah yang aku terpaksa hadapi, dan kisah-kisah lain yang best untuk kita sama-sama ikuti.

Setakat ni dah 4 kali #HariIni8 bersiaran, apa pandangan hangpa? Cer komen skit... ;)

2 comments

Saya komen di sini supaya bro lebih bersemangat berblog di hari2 akan datang... Dan supaya blog ini tak jadi macam blog saya yang dah lama saya tak buka.. Memang betul, rasanya tahun ini akan lebih mencabar, 2017 membuka tirai dengan harga ringgit terus jatuh... Tak tahu samada nilai ringgit akan terus menurun atau kembali mengukuh... Aku percaya ramai antara kita yang semakin rajin bekerja, tapi semata-mata untuk mengukuhkan ekonomi masing-masing... Sebab susah juga nak survive rasanya sekarang ni... Dunia semakin mencabar... Anyway good luck... Erk.. Tentang Awani8 tu saya belum sempat menontonnya... Nanti ada free saya akan cuba luangkan masa untuk menonton ya...

Yay!!!! tenkiu bro!!! inshallah nanti ada komen sila bagitau ok! :D

Sebarang komen amatlah dihargai.