Thursday, January 19, 2017

4 jenis hotel di Kuala Lumpur yang sesuai dengan bajet

Pastinya ramai antara korang yang teringin untuk menginap di Kuala Lumpur especially bila ada special celebration seperti New Year’s Eve, Christmas, Raya Cina dan other happening celebrations. Not only that, Year End Sale juga menjadi perhatian bukan sahaja kaum wanita malahan kaum lelaki untuk bershopping sakan. Sini aku listed some suggestions for those yang pening untuk memilih beberapa budget hotel in KL.

#1 Bagasta Boutique Guesthouse
Guesthouse ini terletak di Kampung Baru. Kampung baru kot, macam- macam korang boleh buat kat sana. The guesthouse basically located di kawasan yang terdiri dari traditional Malay neighbourhood and around 5 minutes jika berjalan dari Stesen LRT Kampung Baru. Kalau korang feeling-feeling nak travel sambil dikelilingi makanan-makanan best, datanglah kesini.  Dengan harga yang ditawarkan agak murah, anda berpeluang memilih bilik yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan poket anda. Basically, the rooms were nicely decorated, very clean and quite spacious. Tambahan lagi siap ada roof terrace, mana nak cari guesthouse camni. So kalau korang kaki selfi ke nak tengok sunset ke apa bolehla lawati hotel ini. Selain itu, staf dan kakitangan hotel ni sangat peramah dan sudi membantu jika anda mempunyai apa-apa keperluan ataupun masalah. So, tunggu apa lagi, datanglah dan tempahlah Bagasta Boutique Guesthouse di Traveloka hari ini!
Kredit Bagasta Boutique Guesthouse

#2 Grid 9
Terletak di Jalan Maharajalela dan in walking distance to Dataran Merdeka, hotel Grid 9 ini merupakan hotel yang tepat jika anda ingin merasai keselesaan seperti tinggal di rumah sendiri. Dengan suasana yang ceria dan harga yang amat berpatutan, inilah pilihan yang terbaik untuk backpackers. Situasinya yang berhampiran dengan pusat membeli belah seperti Berjaya Times Square dan tempat tarikan pelancong seperti Stadium Merdeka memudahkan lagi korang untuk berjalan-jalan di sekitar bandar ini. So, tunggu apa lagi, kalau korang nak rasa sendiri suasana tinggal di hotel dengan harga berpatutan dan selesa, inilah tempatnya!
Foto Kredit - Grid 9

#3 Tune Hotel
Tune Hotel Kuala Lumpur ini terkenal kerana harganya yang berpatutan. Hotel ini menjadi pilihan kebanyakan pelancong sama ada dari luar mahupun dalam negara. Kelebihan hotel ini adalah mereka menjanjikan penginapan yang murah di lokasi 5 bintang. Hotel ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, antara jalan tumpuan utama di bandaraya Kuala Lumpur. Apa yang paling best ialah korang dapat easy access ke mana sahaja dari situ. Kalau korang ingin bershopping, korang just turun dan melintas jalan ke Maju Junction Mall yang terletak di seberang jalan. Selain itu, kalau korang tidak puas lagi shopping, korang boleh berjalan ke Sogo yang menawarkan pelbagai jenama yang branded dengan harga yang murah.Selain itu, korang juga jangan risau tentang pengangkutan di sini kerana anda boleh menggunakan perkhidmatan LRT yang terletak berhampiran dengan hotel tersebut. Di hotel ini juga disediakan minimarket kalau korang tertinggal berus gigi ke apa, so korang tak yah risau. Dan yang paling best kat sini, ada ATM disediakan di dalam hotel itu sendiri, so korang tak payah pening-pening kepala cari ATM dah lepas ni.
Kredit Foto - Tune Hotel
#4 Lantern Hotel
Korang mencari hotel in Kuala Lumpur yang sesuai dengan bajet berdekatan Petaling Street? Ingin merasai kehidupan pasar Petaling? Inilah tempat yang sesuai untuk korang, Lantern Hotel. Hotel ini terletak di lokasi yang cukup strategik dan berdekatan dengan dua stesen LRT iaitu LRT Pasar Seni and LRT Plaza Rakyat yang memudahkan korang untuk travel.  Tak cukup dengan LRT, stesen bus Puduraya juga terletak berhampiran, jadi, boleh cakap hotel ni has got easy access to other places in KL. Apa yang paling best pasal hotel ini adalah kemudahan Wifi yang disediakan secara percuma serta layanan mesra dari pekerja. Plus, harga yang ditawarkan amat berpatutan dan berbaloi untuk korang. Jika anda ke Petaling Street, ingat, korang mestilah pandai tawar-menawar bagi memastikan korang tidak tertipu dengan harga yang mahal dan bajet perbelanjaan korang tak lari.
Foto kredit - Lantern Hotel

Senang cakap, there are a lot of cheap hotel in KL yang boleh kita tempah kot kot la ada yang nak datang KL secara ad hoc... Check it out ok!

Sebarang komen amatlah dihargai.