Kemanusiaan zaman sekarang

Zaman sekarang menuntut ramai manusia untuk bekerja keras demi kelangsungan hidup.

Kenaikan kos hidup, sukar mendapat kerja, politik yang tidak stabil serta sakit hati melihat kebahagiaan orang lain menjadi antara punca kemanusiaan zaman sekarang menjadi semakin punah.

Terdapat banyak kejadian di seluruh dunia yang menuntut kita untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke atas kumpulan manusia yang tertindas.

Kenangan ketika di Aleppo, dan difahamkan sekurang-kurangnya
lima orang dalam foto ini telah syahid.
Tapi, apakah semua bentuk bantuan itu hanya untuk mangsa perang atau mangsa bencana semata-mata?

Tidak dinafikan keperluan memberi bantuan kemanusiaan terutamanya keperluan asas kehidupan (seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dll) menjadi keutamaan kepada mereka yang memerlukan.

Tapi, bagaimana pula dengan mereka yang 'tertindas' mungkin akibat kesalahan lampau ?

Apakah mereka patut diberikan peluang?

Bagi aku, ya!

Mereka perlu diberi peluang, dan ini tugas kita sebagai manusia sebagai yang memegang nilai kemanusiaan zaman sekarang.

Bagi aku, hidup ini patut meriah dengan nilai yang membahagiakan orang sekeliling.

Selalunya, kita terlampau melihat hal-hal di dunia luar tanpa sedar bahawa orang terdekat dengan kita pun masih memerlukan sokongan dan semangat daripada kita.

Tetapi, kaedahnya mungkin berbeza, dan biasanya membabitkan peluang untuk mereka teruskan hidup atau membina hidup.

Jadi, jangan sesekali kedekut perhatian dengan orang di sekeliling kita.

Memang kita ada mimpi untuk mengubah dunia, tetapi setiap usaha itu bermula dengan sebuah langkah kecil.



Anak Malaysia
December 5, 2016
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Belajarlah daripada Spiderman!

Filem terbaru keluaran Marvel Studios, Spiderman: Far from Home merupakan filem…