Pertama kali ditinggalkan berdua dengan anak

Bertukar status menjadi bapa bukan sesuatu yang mudah.

Bagi aku, ia hadir dengan banyak benda yang perlu ditanggung dengan hal-hal yang bakal dijawab kelak yang lebih dikenali sebagai tanggungjawab.

Tapi setakat ni, pengalaman yang aku alami amatlah menyeronokkan biarpun jumlah tenaga yang aku guna agaklah banyak.

Kisah ni berlaku beberapa minggu lepas, aku balik kerja awal, jadi aku pun tolong la wife untuk ambil anak kat rumah pengasuh lebih awal berbanding biasa.

Cuma nak bawa balik tu, baru aku tau macam mana mencabarnya bila wife aku sorang-sorang pi ambil anak aku selama ni. Ya la, budak-budak kan, dah letak dalam car seat dia, dia pun dok diam la.

Ada jugak hari-hari sebelum ni, bila letak kat car seat dia akan merengek dan nak dok ngan mak dia. Berkat bapak2, dia dok diam...

Tapi bila nak angkut barang lagi, nak naik ke rumah (aku tinggal kat aparment), memang terkial-kial la jugak nak mengangkut.

Tapi, syukur la jugak, anak aku ni layan ja. Time aku amek tu, dia baru lepas menyusu, dan macam biasa dia akan bagi beberapa limpahan muntah kat aku sebagai salam pertemuan!

Bila duduk kat rumah, macam aneh ja perasaan aku bila tinggal aku ngan anak aku. Dia tengok muka aku, dan aku tengok muka dia.

Kami lawan bercakap dalam bahasa masing-masing sampai kami masing-masing terdiam...

**inilah kisah si abi yang kerap lupa dia dah ada anak... hihi

Yang ni dia sendiri letak.. Aku tolong amek gambaq ja..


Abilal
August 19, 2016
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!