Saturday, August 27, 2016

Kaedah yang digunakan wartawan masa kini untuk menyampaikan maklumat

Baru-baru ini satu sejarah baru tercipta apabila mentor dan cikgu aku dalam bidang penyiaran, Suhaimi Sulaiman secara rasmi menjadi seorang penulis buku.

Menceritakan kisah pengalaman hidupnya menjadi seorang pembuat kandungan di televisyen, banyak perkongsian lain turut dikongsikan menerusi buku terbitan MPH dengan tajuk I hate reading the teleprompter.

Bagi aku, ini pencapaian yang mengagumkan kerana bukan senang nak dapatkan kekuatan bagi menulis buku.

Bayangkan, di dunia yang serba moden kini, tak ramai yang mampu mendokumenkan segala perkara yang dilakukan mereka.

Jadi, usaha ini sebagai satu usaha murni yang boleh menjadi rujukan buat generasi akan datang.

Dalam sidang medianya, Suhaimi Sulaiman berpendapat, sekatan penyampaian berita yang dikenakan menjadikan ramai wartawan kini lebih kreatif dalam menyampaikan maklumat yang mereka ada.

Kalau nak tahu, apa kaedah yang digunakan wartawan masa kini untuk menyampaikan maklumat, dapatkan buku ini sekarang!

Bagi sesiapa yang mahu beli buku ni, boleh dapatkannya di kedai buku MPH seluruh negara. Kalau nak pesan melalui aku pun boleh!

Hanya perlu emailkan butiran seperti nama, nombor telefon dan alamat melalui email di saya@hilalazmi.com

Layankan video sempena pelancaran buku I Hate Reading The Teleprompter!!

Jangan lupa SUBSCRIBE ya! :D



Sebarang komen amatlah dihargai.