Thursday, August 25, 2016

Bukan senang nak jadi atlet badminton

Semalam aku dikerah untuk membuat laporan berkaitan pembangunan sukan badminton di peringkat akar umbi di Sekolah Sukan Negeri, SMK Seri Kota, Melaka.

Ya, aku mengaku itu kali pertama aku masuk ke sekolah sukan yang sebelum ni aku hanya tahu akan kewujudannya.

Juara Beregu Badminton Remaja Melaka, Ammar (kiri) dan Ahmad (kanan)
berusia 14 tahun yang sangat berbakat
Baru aku faham bahawa hanya tujuh sukan diberi perhatian di bawah pembangunan peringkat akar umbi yang membabitkan sukan badminton, bola sepak, bola jaring, hoki, memanah, balapan dan sepak takraw.

Bagaimana proses mencari bakat berlaku?

  1. Ada ujian keupayaan yang dibuat untuk menentukan keupayaan seseorang pelajar seusai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mana peluang ini dibuka kepada semua pelajar.
  2. Saringan dibuat oleh jurulatih (yang berkelayakan) menerusi pertandingan mahupun kejohanan sepanjang tahun.
  3. Latihan yang berterusan untuk pelajar yang dianggap berbakat tadi untuk dilihat tahap disiplin serta tahap ketahanan mereka untuk sukan yang ingin diceburi.

Bayangkanlah, waktu pagi, pergi sekolah macam biasa dengan kelas akademik macam pelajar lain. Petang sahaja, lepas waktu makan tengahari, latihan akan dijalankan mengikut sukan yang telah dipilih semasa memasuki sekolah berkenaan.

Bila menjengah ke gelanggang badminton dekat Sekolah Sukan Negeri Melaka ni, memang rata-rata pelajarnya berbakat besar dalam menjadi pelapis atlet badminton negara.

Cabaran paling besar yang perlu dilalui mereka ialah latihan yang berterusan dan disiplin diri yang tinggi.

Latihan tu dah sedia teruk. Aku tengok pun, confirm muntah hijau kalau kena training mcm bebudak tu. Tapi itulah realiti menjadi seorang atlet.

Training, training dan training.....

Sebab tu salah seorang coach yang ada aku jumpa semalam dia bagitau aku...

"aku respect Datuk Lee Chong Wei, kalaupun dia dah dapat insentif juta-juta dari kerajaan, dia tetap datang training. Ada sesetengah atlet tu, dah menang Olimpik, dapat insentif terus training pun liat!" kata dia...


1 comments :

memang sangat kagum dengan DLCW :)

Sebarang komen amatlah dihargai.