Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membeli rumah

Hanya kerana anda fikir membeli sebuah rumah ialah satu proses yang mudah, ia tidak bermakna bahawa tidak ada sebarang masalah yang akan timbul sepanjang tempoh itu.  Perkara penting yang perlu anda lakukan ialah memastikan anda benar-benar faham apa yang akan berlaku dan apa yang diharapkan daripada anda di setiap langkah sepanjang perjalanan pembelian rumah anda.  Perkara- perkara yang penting telah disenaraikan di bawah, oleh itu pastikan anda faham apa peranan setiap butiran yang diterangkan.


Mempunyai Kewangan Peribadi yang Terurus
Sebelum anda memulakan pencarian untuk sebuah rumah, anda harus memastikan bagaimana kedudukan semasa profail kewangan anda.  Perkara seperti mempunyai skor kredit yang baik mungkin mengambil masa berbulan malah bertahun untuk dibina, tetapi ianya amat berfaedah walaupun bukan suatu kemestian bila tiba masanya untuk anda membuat pembelian.  Tambahan lagi, beberapa nasihat yang diberi oleh mereka di Macquire ialah sebelum anda memulakan pencarian sebuah rumah, anda perlu mempunyai julat harga yang berpatutan dan selesa. Dan, untuk mengetahui julat harga anda, anda perlu mempunyai belanjawan.
Bila anda fikirkan mengenai proses kewangan ini, ia mungkin kedengaran seperti terlalu dewasa ataupun terlalu banyak nombor yang harus difahami tetapi ia sebenarnya adalah perkara yang paling penting yang menjadi kunci utama untuk berjaya dalam memiliki rumah idaman anda.  Sekiranya anda mempunyai tempoh gadaian selama tiga puluh tahun (atau mungkin lebih lama) anda perlu ingat bahawa belanjawan anda bukan sahaja ditetapkan untuk masa sekarang tetapi juga untuk tiga puluh tahun akan datang.   Memiliki rumah ialah satu perkara besar yang juga memerlukan kos yang tinggi.  Sekiranya anda tidak tahu harga yang anda mampu bayar tanpa merasa kurang selesa, anda akan meletakkan diri anda di dalam situasi yang bermasalah nanti.


Tahu di Mana Hendak Mencari
Jika anda akan bekerjasama dengan seorang perunding hartanah yang professional, anda akan berada di dalam keadaan yang baik.  Ianya amat penting untuk bekerjasama dengan seseorang yang boleh dipercayai dan juga penting untuk memahami bahawa walau apa pun keinginan peribadi anda untuk sebuah rumah, seorang professional yang berpengalaman berkebolehan untuk membimbing anda ke arah yang betul.  Lagi pun, itulah pekerjaan mereka setiap hari agar mereka boleh memberi pandangan dan juga nasihat secara amnya sepanjang proses pencarian ini.  Walaubagaimanapun, sementara anda bekerja dengan perunding hartanah yang professional, anda juga harus mencari dengan menyemak pilihan lain seperti mencari rumah untuk dijual di PropertuGuru Malaysia untuk mendapat senarai hartanah terkini yang ada untuk dijual.


Periksa Segalanya
Apabila tiba masa penentuan untuk anda membeli sebuah rumah dan anda mahu memastikan bahawa keputusan anda adalah yang terbaik, anda perlu melakukan pemeriksaan.  Menemui masalah pada sebuah rumah diawalnya bukanlah perkara yang tidak bagus kerana ini bermaksud anda tidak perlu untuk menghadapinya kemudian nanti.  Anda mungkin merasa kecewa jika rumah yang ingin anda bida gagal dalam penelitian ini tetapi bukankah lebih baik ia gagal sekarang daripada ianya menjadi satu masalah besar kemudian nanti.  Proses pemeriksaan ini menjadi satu masa di mana anda perlu meneliti secara terperinci kerana jika anda terlepas pandang sesuatu pada fasa ini, anda berkemungkinan akan terjerat dengan apa-apa masalah yang anda tidak nampak pada masa ini.   Semestinya anda mahu periksa dengan teliti apabila mencari masalah di dalam sebuah rumah.


Kumpul Tunai Anda
Anggaplah anda telah membuat tawaran untuk membeli sebuah rumah yang anda jumpa dan perundingan telah pun selesai, anda sebenarnya perlu mengumpul semua tunai anda untuk menjadikan proses ini satu penamat dan untuk anda memiliki sebuah rumah.   Perkara yang penting ialah anda perlu ingat bahawa anda perlu membayar untuk satu pinjaman agar anda boleh mendapat satu gadaian janji.  Tambahan pula, anda juga perlu sedar akan segala kos yuran dan cukai yang dikenakan dalam proses pindah-milik dan jual-beli sebuah rumah.  Segalanya, daripada ejen hartanah, peguam dan juga bank akan mengenakan sedikit bayaran untuk menjadikan ianya satu kenyataan.  Itu lah sebabnya anda perlu mengumpul semua tunai yang anda ada lebih awal untuk menjayakan semua proses ini.      

Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat di setiap urusan transaksi hartanah.  Dan sementara tidak ada dua buah rumah yang benar-benar sama, anda juga perlu sedar akan setiap langkah di dalam proses untuk mendapatkan mana-mana rumah.  Apabila sampai masanya untuk membeli rumah, anda boleh melalui satu pilihan yang mengagumkan dan berbagai-bagai, tetapi anda harus pastikan anda tahu apa yang akan berlaku lebih awal agar anda dapat memperoleh rumah yang terbaik.

1 comment:

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.