Puasa dan kerja

Mulanya Ramadan sejak seminggu lalu menjadi satu sejarah baru untuk aku dan keluarga apabila inilah masanya pengurusan anak menjadi persoalan besar dalam kehidupan aku.

Tapi, aku bersyukur dengan kehadiran pertolongan Dia yang menggerakkan hati ramai orang untuk memberikan penyelesaian terbaik untuk aku.

Foto sebelum menaiki Helikopter Nuri tempoh hari


Tapi bila tibanya Ramadan, ramai antara kita mula mengeluh kerana membayangkan kesukaran serta cabaran yang perlu dihadapi semasa menjalani ibadah sambil meneruskan kelangsungan hidup melalui kerja.

Ya la, ada yang bekerja di tengah terik matahari, ada yang duduk sampai letih, dan ada yang terpaksa berlapar dek kerana banyak proses otak yang perlu diperah dalam menjayakan kerja yang diberikan.

Apa yang pasti, dalam ibadah yang diperintahkan Allah, bukan semuanya bertujuan untuk menyeksa hambanya.

Tuhan itu maha penyayang.

Sebab itulah diwujudkan beberapa rukhsah puasa atau pengecualian yang diberikan kepada golongan tertentu dalam menjalani ibadah yang wajib ditunaikan.

Contohnya, kalau ada individu yang terbabit dalam golongan ibu yang menyusukan bayi, mereka dibolehkan untuk tidak berpuasa sekiranya risau dengan kesihatan bayi yang disusuinya.

Maka dia dibolehkan untuk meninggalkan puasa.

Begitu juga untuk individu yang bermusafir atau traveller , mereka dibolehkan untuk berbuka sekiranya tidak dapat menahan diri lagi sebelum sampai waktu berbuka.

Kan best hidup ni. Tuhan dah susun yang terbaik untuk kita jalankan ibadah, kumpul pahala dan kumpul wang untuk kehidupan dunia.

Jadi, tak perlulah untuk kita mengeluh kalau berpuasa kan???

**Pesanan untuk diri sendiri, kawan-kawan dan anda semua! ;)
ibadat
June 15, 2016
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!