Kerja ikhlas vs kerja menunjuk

Dalam bidang pekerjaan, semestinya penilaian kerja akan dibuat setahun sekali untuk mengetahui samada pekerja itu memenuhi KPI yang ditetapkan atau tidak.

Biasa la, kalau hidup zaman sekolah dulu, KPI kita bergantung kepada markah peperiksaan yang kita capai menerusi ujian tahunan atau ujian mengikut sem yang diberikan cikgu.

Keadaan jauh berbeza di tempat kerja apabila KPI ini dinilai mengikut 'job description' seseorang malah dibandingkan dengan keupayaan kita memenuhi keperluan yang digariskan syarikat.

Sebagai pekerja Muslim yang diajar untuk bekerja dengan penuh jujur, amanah dan ikhlas, membuat kerja seikhlas hati menjadi cabaran di masa kini.
Kerja untuk cari duit bukan senang
- Foto dari Instagram @HilalAzmi 

Bukan apa, makin ramai manusia yang kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa yang memerlukan perhatian boss di tempat kerja agar mereka boleh membuktikan kononnya mereka buat kerja dengan baik.

Lebih memburukkan keadaan, kepimpinan syarikat yang lemah menuntut pekerja yang menurut perintah kepimpinan yang 'maha bijak' ini sahaja akan dianggap membuat kerja dengan cemerlang.

Maka wujudlah berduyun-duyun kumpulan yang hanya kerja menunjuk kepada boss bahawa mereka sahaja yang bersusah payah sepenuh hati, setengah mati menjalankan tugas.

Apa yang terjadi kepada pekerja yang buat kerja ikhlas?

Ini yang sering menimbulkan persoalan di bidang pekerjaan kini.

Sebabnya, golongan yang bekerja seikhlas hati ini kerapkali menjadi mangsa 'keadilan' sistem yang diwujudkan oleh boss yang 'maha bijaksana' tadi.

Apabila tiba musim KPI untuk menentukan siapa yang bekerja lebih baik tahun lepas, maka pekerja yang bekerja ikhlas tadi akan diklasifikasikan sebagai GAGAL malah berada DI BAWAH KEMAHUAN boss.

Apakah ini ADIL?

Sah-sah laaaaa keadaan ini jadi tidak adil!

Orang yang kerja ikhlas tadi ni meletakkan sepenuh komitmen pada pekerjaan dengan kuliti serta produktiviti yang terbaik diletak dalam kategori paling teruk terus putus harapan.

Terasa dirinya tidak dihargai, malah lebih sedih lagi, mereka terpaksa diberi notis 24 jam untuk berhenti dari syarikat.

Malangnya hidup kerja ikhlas apabila dianiaya begini.

Apa pulak jadinya pada si pekerja yang menunjuk?

Biasa la, dia dah penuhi kehendak serta keinginan boss, kategorinya secara automatik menjadi pekerja cemerlang yang lantas dinaikkan pangkat.

Sudah berada pada pangkat yang tinggi, hidung mula tinggi, budi bahasa mulai menghilang secara drastik.

Kawan-kawan yang kononnya dulu sehidup semati, 'comolot' kata orang, terus dipandang hina, keji dan tahi.

Iri hati terus bertambah malah memberi tips yang hebat untuk jadi sama cemerlang dengannya.

"Hang kena tunjuk sikit kat boss yang hang ni buat kerja. Respon kat Group Whatsapp agar boss nampak! Respon kat email dengan cara "reply to all"... Macam tu baru hang nampak pandai dan akan dihargai.. Menunjuk tu kena ada" - pesan pekerja cemerlang tahun 2015

Akhirnya jadi apa?

Pada akhirnya, pusingan ini akan berterusan sehinggalah kesemua pekerja ikhlas ini berhenti kerja, dan syarikat yang hebat yang gah di mata masyarakat akan terus dipenuhi dengan kumpulan manusia yang sifatnya kanibal!

Bunuh, makan dan cincang orang yang tidak mahu puja orang berpangkat.

Dari situ, kiamat akan bermula!

1 comment:

Sebarang komen amatlah dihargai.