Takrif lelaki muda di usia 90 tahun

Pasar petang di Benta, Kuala Lipis meriah dengan kehadiran peniaga dari setiap pelosok daerah untuk menjual barang jualan mereka.

Ada yang menjual pisang, cili padi, sayur-sayuran, ulam-ulaman, kuih-muih dan tak kurang juga yang menjual pakaian serta ubat-ubatan tradisional.

Pertama kali melalui pasar ini, suasananya bagai sebuah pasar pagi di daerah-daerah lain di Malaysia.

Meriah, tetapi sedikit panas apabila terik mentari seusai azan Asar terus memancar muka pengunjung yang mula mengunjungi pasar ini.

Di beberapa lot kedai tetap di sini, ada beberapa kedai yang sudah tutup.

"Mari... mari.... mari masuk tengok ada macam-macam majalah dan suratkhabar!" jerit seorang wanita berbangsa Cina memerhatikan aku bagai memerang kehairanan menjenguk suratkhabar dan majalah di kedainya.

"Ish, dah petang macam ni, takkan baru nak beli paper kot? Jenguk ja la.." bisik aku dalam hati sambil memerhati muka depan suratkhabar yang rata-rata memfokuskan kejadian hotel terbakar di Dubai sebagai berita utama mereka.

Lantas aku ternampak kelibat lelaki berumur 90-an yang mula menjadi viral di kalangan rakan-rakan alam maya.

"Eh eh! betoi la.... Muka dia jadi frontpage majalah tu!" aku berbisik pada diri dengan muka penuh teruja.

Lantas aku pegang majalah terbabit. Tinggal 2 naskah sahaja!

"Oh aku kena cepat! Sebelum orang lain rembat, memang aku kena dapatkan dulu!" cuba berpesan pada diri sendiri.

"Oi adik! Mau cari buku apa?" kata untie Cina tadi pada aku.

"Oh! Saya mau majalah ini... Berapa harganya?" jawab aku.

"Anam Ringgit, sembilan puluh sen," untie Cina tadi memberitahu.

Seusai urusan menjual beli, aku berjalan kembali sekitar pasar sambil membelek majalah terbabit.

"Dahsyat orang tua ni! Walaupun usia dia dah 90 tahun, dia tetap relevan untuk menjadi 'Takrif Baru Lelaki Muda'!" kataku sambil tersenyum.


Bila Tun M jadi penyeri muka depan Maskulin Januari 2016

2 comments:

  1. terbaik.walaupun di usia 90, masih lagi relevan dalam majalan maskulin

    ReplyDelete
  2. majalah maskulin ye, wah. rasa nak baca intipati :)

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.