"Kita patut terer macam dia" - Cia

Sejak filem Dilwale menjengah panggung di seluruh dunia penghujung 2015 yang lalu, ramai yang mula meminati filem hindustan.

Tak kurang juga yang memang peminat tegar filem Bollywood mula memberikan komen masing-masing berkaitan filem terbaru yang menampilkan gandingan Shah Rukh Khan dan juga Kajol.

Bagi aku dan buddy di opis yang lebih dikenali sebagai Cia, kami sentiasa mengagumi bakat lakonan yang dibawa oleh Shah Rukh Khan.

Sebagai seorang wartawan penyiaran, kemahiran ini amat penting dalam pemberitaan di televisyen.

Perlu ditegaskan di sini, ia bukan bertujuan untuk menipu atau membawa berita yang dibuat-buat, tetapi kemahiran lakonan amat penting untuk menyampaikan berita dalam mood dan rasa yang tepat untuk penonton.

Cuba kita selusuri lakonan yang dibawakan SRK dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Ketika babak di mana Rahul mengucapkan kata cinta kepada Anjali, anaknya yang dirindui kerana menghadiri kem musim panas tanpa pengetahuannya dalam rancangan The Neelam Show.



Biarpun ia hanya dianggap ucapan 'secara langsung' melalui televisyen, tetapi rasa rindu yang dilontarkan menerusi kamera itu tepat dan amat dirasai penonton.

Begitu juga lakonan Shah Rukh Khan menerusi filem Phir Bhi Dil Hai Hindustani di mana beliau melakonkan watak sebagai seorang wartawan penyiaran.

Ketika dia menjadi pembaca berita, SRK menjadi seorang pembaca berita dengan penuh komited lengkap dengan suara yang jelas serta emosi yang tepat untuk membangkitkan semangat rakyat India ketika itu.

"Kan best kita boleh sampaikan berita macam tu.." aku berkata pada Cia.

Dia sambil tergelak mengangguk tanda setuju.

"Ya la Hilal! Lakonan ni bukan kerja suka-suka.

"Dia macam teater jugak. Memanusiakan manusia menerusi lakonan," katanya.

"Kita kena contohi dia la kot untuk penyampaian kita.. Kan Cia kan??" soal aku.

"Kita kena terer macam dia!" tegas si Cia.
Aku dan Cia
January 3, 2016
2

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!