Monday, December 28, 2015

Malaikat maut pon ada #2kerja

Bila bercakap tentang mati, ia agak taboo malah ada di antara kita mengelak untuk bercakap tentang mati kerana ia dianggap sebagai pembawa nasib buruk dalam kehidupan.

Ya, mungkin begitu, namun demikian, kita harus faham bahawa kehidupan ini pada akhirnya kita akan mati.

Cuma, bila, di mana dan dengan siapa kita akan mati kita takkan tau memandangkan itu semua tertakluk di bawah kuasa Tuhan yang lebih mengetahui waktu yang sesuai untuk 'pindahkan' kita dari alam fana ini ke alam akhirat.

Akan tetapi, tahukah anda, bahawa malaikat maut akan datang memerhatikan tingkah laku kita setiap hari?

Malaikat maut akan sentiasa meninjau segala pergerakan kita, apa yang kita buat dan tunggu saja perintah dari Tuhan untuk assignment cabut nyawa kita.

Itu salah satu daripada kerja yang diamanahkan kepada malaikat maut selain menjalankan tugas hakiki iaitu mencabut nyawa makhluk Tuhan.

Justeru itu, dalam kesibukan kita berjuang meneruskan hidup dengan kos hidup yang terus meningkat, jangan lupa untuk turut sama menjalankan tugas kepada Yang Maha Esa.

Tanpa Dia, maka tiada nikmat rezeki untuk kita teruskan hidup.

Nota: takut juga kalau tetiba dicabut nyawa masa siaran langsung! :(


Video Ini Buktikan 'Malaikat Maut' Tak Kenal Waktu dan Tempat!http://mdk.to/0I3q-rnl#KapanlagiVideo
Posted by Kapanlagi.com on Thursday, November 19, 2015

Sebarang komen amatlah dihargai.