Jalan-jalan jumpa Rajnikanth

Kisahnya bermula apabila kami sedang berjalan-jalan di sekitar Midvalley Megamall. Aku, Israr dan gadis kesayangan masing-masing.

Ketika itu, masing-masing baru saja lepas menyelesaikan sesi makan malam di salah sebuah restoran bbq di sini.

Bila perut dah kenyang, masing-masing mula mahu buang air di tandas. Seperti biasa, orang perempuan akan mengalami rasa nak kencing dan masa yang diambil lebih banyak berbanding lelaki.

Ketika menunggu gadis genit kesayangan melepaskan 'hajat' di tandas, aku bersama Israr 'bersidai' di ruangan laluan utama yang menampakkan orang lalu-lalang di beberapa tingkat di bawah.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat seperti Mendiang Michael Jackson melalui ruang di tingkat 1 (ketika itu kami di tingkat 3).

"Weh!!! Ada Michael Jackson la!!!! Sebelah dia pon sorang hero filem Tamil! Aku tak ingat.." beritahu aku kepada Israr separa menjerit.

"Laaa... Tu kan Rajnikanth!" beritahu Israr.

Kami dua pon kelam kabut cuba rakamkan foto kelibat dua 'selebriti' yang berjalan dengan penuh gaya di tingkat satu.

Tengok la perbuatan kami melalui video di bawah ini....

Berjalan
December 30, 2015
0

Comments

Search

Popular Posts

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen …

Mari kita belajar daripada kisah taubat Barisan Nasional

Kejayaan Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri S…

Hebat!