Sebelum Wartawan Penyiaran Bahagian 2

Kalau sebelum ni aku ceritakan kisah jiwa muda aku tak mampu nak hadapi cabaran kerja ikut shift.

Tinggalkan kisah tu memandangkan ia telah pun berlalu. Perkara penting dalam kisah sebelum ini ialah aku berjaya menambah kemahiran komunikasi dengan berkesan apabila bertemu pelanggan mahupun bercakap dengan pelanggan.

Tidak kurang daripada itu, kepercayaan dan keyakinan pada kenalan baru menjadi satu bentuk 'perjudian' yang amat dahsyat.

Bukan nak kata kawan aku tu sangat kejam (biarpun dia sebenarnya tak jadi pon nak keja tu sama-sama dengan aku), tapi sekurang-kurangnya dia buka peluang untuk aku agar aku tak termasuk dalam statistik graduan yang menganggur dalam 6 bulan pertama selepas konvokesyen.

Nilai komunikasi dan kepercayaan amat penting dalam usaha untuk menjadi wartawan penyiaran.

Bukan senang sebenarnya nak bangunkan kemahiran ini kalau kita tak pernah alaminya sendiri. Tau-tau saja, dah kena tipu hidup-hidup. Haha!

Selepas saja aku resign kerja jawab telefon, aku nekad cari kerja yang akan berikan aku masa kerja ikut waktu pejabat. 9 pagi hingga 5 petang, Isnin sampai Jumaat.

Aku menggunakan kemudahan mudah.my untuk dapatkan kerja, dan aku ditawarkan kerja ke salah sebuah syarikat insurans sebagai kerani sambilan dengan tawaran gaji RM800.

Masa interview, aku berjaya meyakinkan Cik A untuk ambil aku sebagai kerani dan aku terpaksa tabah dengan nilai gaji yang 'daif bandar'.



Tugas aku hanyalah masukkan data kad pendaftaran insurans dalam bentuk microsoft excel agar mudah pihak pengurusan nak masukkan dalam sistem lantas proses maklumat tu untuk urusan lanjut.

Demi mendapat waktu kerja yang aku mau, aku sanggup abaikan ijazah yang ada untuk tujuan kerja dan nikmati gaji yang dahsyat nilainya kalau aku berada dalam kalangan gelandangan di Kuala Lumpur.

Selain masukkan data, aku juga buat tugasan hantar dokumen ke pejabat-pejabat CEO syarikat lain.

Dari situ, aku baru terbuka mata dan minda aku bila tengok sendiri rupa bentuk dan keindahan pejabat seorang boss di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Malah, aku yang serba tak tahu jalan berjaya menjadikan Google Map (pada masa tu belum ada keupayaan navigasi) untuk digunakan rujukan jalan di sekitar ibu kota.

Malangnya, aku hanya kerja tempat tu selama 4 bulan. Lepas tu kontrak aku tidak disambung oleh boss baru yang mengepalai company tu bernama En AM.

Hati tak sedih... Tapi bingung sekejap, mana aku nak keja memandangkan dah dekat nak masuk bulan Ramadan dah time tu...

bersambung lagi.....

1 comment:

Sebarang komen amatlah dihargai.