Friday, October 30, 2015

Sidang media tanpa soalan

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat banyak perkara aneh yang berlaku terutamanya dalam bidang media.

Salah satu perkara paling aneh apabila ada sidang media yang tidak membenarkan wartawan bertanya soalan.

Kalau dah namanya sidang media, semestinya ia bersifat dua hala. Ada kenyataan dibacakan, dan akan ada soalan susulan daripada kalangan wartawan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan kenyataan yang dikeluarkan.



Maaflah, mungkin aku masih baru dalam bidang ini, tetapi kejadian sebegini aku anggapkan aneh.

Ada beberapa respon kawan-kawan dalam kalangan rakan sekerja dan rakan sejawatan dari agensi lain mengatakan kejadian tu bukan aneh, tetapi satu perbuatan yang sia-sia.

Bayangkan kos untuk ke satu-satu lokasi harus diambil kira. Pada masa sama, terdapat juga beberapa sidang media lain yang harus dikejar.

Sekali sampai kat sidang media, harooooommmm.....

"Lagi baik hantar cameraman ja" kata seorang kawan.

Apa perasaan agaknya jadi wartawan, tapi di sidang media anda tak dibenarkan tanya soalan ? #teoq
Posted by Hilal Azmi on Wednesday, October 28, 2015

Dalam fikiran aku, betoi jugak!!! hehehehe

Sebarang komen amatlah dihargai.