Jerebu dan kerja

GAMBAR HIASAN
Ramai di kalangan pekerja banyak mempersoalkan keputusan kerajaan atas penutupan sekolah akibat bencana jerebu yang melanda sejak sebulan lalu.

Menarik lagi, ada yang secara sinis turut mempermainkan keputusan yang dibuat kerajaan.

"Ya la... pekerja semua bernafas guna insang, bukan peparu macam budak sekolah," kata salah seorang kawan di status Facebook mereka.

Bagi aku, bencana jerebu kali ni memang tak dinafikan sangat teruk dan amat merisaukan (bila memikirkan ahli keluarga yang juga masih bekerja ketika keadaan sekarang ni), tetapi kita harus faham bahawa kehidupan harus diteruskan kalau apa pun bencana yang melanda.

Bukan bermakna aku tak empati dengan mereka yang sensitif dengan keadaan berjerebu ni, aku sendiri mengalami masalah di kawasan nasal akibat jerebu.

Tetapi, tanggungjawab yang kita pikul dalam menjalankan tugas.

Kita yang bekerja ni bukan setakat menjalankan tugas 'cari makan' untuk keluarga semata-mata.

Tetapi, kita turut menjalankan tanggungjawab untuk syarikat yang kita kerja. Bagi yang berniaga, dia akan jalankan tugas untuk memajukan syarikat dia.

Secara tak langsung, kita turut menjalankan operasi untuk ekonomi negara.

Bayangkan jika darurat dengan senang lenang diumum pihak berkuasa. Semua aktiviti akan disekat. Malah, untuk keluar rumah pun kita susah biarpun nak beli barangan keperluan.

Bukankah itu menyusahkan?

Ikhlaskan hati. Fahami bahawa kerja itu sejenis jihad.

Kalau mati ketika sedang berusaha menjalankan tugas dengan penuh ikhlas, nescaya ada tempat yang baik untuk kita di sisi Tuhan.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.