Thursday, October 22, 2015

Banyak benda nak sorok kat mak bapak

Masa zaman membesar dulu, banyak perkara yang memang aku sendiri cuba teroka sampai ada beberapa hal yang memang kita akan cuba sorok dari pengetahuan mak bapak kita.

Bestnya jadi budak sekarang, teknologi media sosial memudahkan mereka untuk membuat sesuatu di luar pengetahuan ibu bapa mereka.

Sebagai contoh, keupayaan mesej peribadi dalam kebanyakan platform media sosial memudahkan anak muda di umur sekolah ni untuk berkenalan dengan orang baru.

Bukan salah untuk berkenalan, tetapi ia berisiko untuk menjadikan mereka mangsa kepada sindiket jenayah malah ada yang tidak teragak-agak untuk menjadikan anak muda ini sebagai alat dagangan seks.

Awasi mereka yang di bawah umur agar tidak terus menjadi mangsa kekejaman orang jahat.

**mari kita tengok reply budak sekolah akibat sekolah yang akan bukak esok.... ;)



Sebarang komen amatlah dihargai.