Jangan malu mengaku Malaysia

Memasuki tahun ke 58 Malaysia merdeka menjadikan rakyat kian matang dalam menghadapi sebarang isu mahupun cabaran di masa kini.

Banyak kejadian dan ketidak puasan hati timbul sejak meledaknya teknologi menerusi platform-platform media sosial yang kian bertambah.

Biarpun payung kecik, kami tetap tak malu untuk berkongsi - Gambar Hiasan


Ada yang mula berbisnes secara atas talian (online), ada yang mula menjadi 'wartawan online' dan tidak kurang juga yang menjadi popular dek kandungan atas talian mereka mula viral di platform utama media sosial.

Namun demikian, sambutan Hari Kebangsaan 2015 menjadi tahun paling tak meriah bagi aku memandangkan banyak sangat misteri, skandal, isu dan persoalan tentang hal politik negara yang memberi kesan kepada kedudukan ekonomi malah memberi kesan sosial kepada rakyat.

Banyak isu tak terjawab dan banyak perkara tak terselesai dengan macam-macam perkara.
**malas nak perincikan sebab banyak ditulis di media arus perdana dan juga media online lain.

Rentetan daripada itu, ramai kawan-kawan serta kenalan aku yang mula mengeluarkan kenyataan berbunyi "aku nak keluar dari Malaysia" malah tidak terkecuali juga yang "aku malu nak mengaku Malaysia" terutamanya ketika mereka melancong ke luar negara.

Bagi aku, kalaupun berlaku sebarang insiden memalukan negara, insiden menggelikan kedudukan kita sebagai rakyat Malaysia, jangan sesekali malu mengaku Malaysia.

Ini negara kita punya.

Ini negara dibina dengan keringat abah, mak, tok nenek kita,

Ini masa kita untuk teruskan legasi negara,

Kerana kitalah pembentuk masa depan negara.



3 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Malaysia tanah air ku. saya tak malu!

    ReplyDelete
  3. apapun yang berlaku malaysia tetap tanahair kita.

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.