Teach For The Needs (TFTN) menjadi badan sukarela yang amat aku kagumi sejak diperkenalkan kepada aku sejak beberapa tahun lepas. Kumpulan guru muda dengan jiwa sukarelawan yang tinggi ini telah membentuk satu komuniti yang menarik untuk menaiktaraf keupayaan anak yatim di beberapa rumah anak yatim terpilih di seluruh negara.
Terbaru, kumpulan TFTN ini telah mengorak langkah baru dengan mencungkil bakat lakonan melalui aktiviti teater bersama anak yatim. Untuk menjayakan program ini, pelakon dan juga aktivis teater, Fazleena Hishammuddin turut sama dengan kumpulan TFTN ini untuk mencungkil bakat seni yang ada pada anak yatim di bawah seliaan TFTN.
Sempena cuti sekolah kali ini, anak yatim dan juga anak miskin digilap bakatnya menerusi satu siri bengkel lakonan oleh Fazleena dan rakan-rakannya.
10 individu daripada 4 rumah anak yatim bakal mementaskan sebuah teater bertajuk "Kota Kelip-Kelip" bakal dipersembahkan di Damansara Performing Art Centre (DPAC) pada 13 dan 14 Jun 2015 bermula jam 8 malam.
Projek Teater TFTN ini dibawakan khas oleh Akademi Seni TFTN dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.
Nak upload instagram / twitter / facebook?? Jangan lupa tag ke hashtag #ProjekTeaterTFTN dan juga #KotaKelipKelip

A video posted by Fazleena Hishamuddin (@fazleena) on
Sempena cuti sekolah kali ini, anak yatim dan juga anak miskin digilap bakatnya menerusi satu siri bengkel lakonan oleh Fazleena dan rakan-rakannya.
10 individu daripada 4 rumah anak yatim bakal mementaskan sebuah teater bertajuk "Kota Kelip-Kelip" bakal dipersembahkan di Damansara Performing Art Centre (DPAC) pada 13 dan 14 Jun 2015 bermula jam 8 malam.
Jadi, bagi anda yang mahu menyokong usaha murni ini, bolehlah mendapatkan tiket pada hariga bermula RM28, RM58 dan RM98 dan boleh ditempah melalui Whatsapp kepada saudari Humaira di talian 016 576 4453.A photo posted by Fazleena Hishamuddin (@fazleena) on
Projek Teater TFTN ini dibawakan khas oleh Akademi Seni TFTN dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.
Nak upload instagram / twitter / facebook?? Jangan lupa tag ke hashtag #ProjekTeaterTFTN dan juga #KotaKelipKelip
related posts
DPAC
June 4, 2015
0
Comments
Post a Comment
Sebarang komen amatlah dihargai.