Perkara baru yang dipelajari di #SBB2015

Program Sepetang Bersama Blogger 2015 yang dianjurkan oleh Denaihati Network terus mendapat perhatian blogger dari seluruh Malaysia dan juga beberapa blogger dari negara jiran.

Untuk program tahun ini, ianya diadakan dengan lebih santai dan jangkamasa yang lebih panjang berbanding tahun-tahun yang terdahulu. Malah kami turut difahamkan program tahun ini dijangka yang terakhir akan dianjurkan oleh Denaihati Network.

SBB2015 Denaihati HilalAzmi


Bagi aku program ini adalah peluang terbaik untuk menambah baik hubungan yang hanya terjalin secara atas talian (online) sebelum ini. Perjumpaan secara bersemuka bakal mengeratkan hubungan blogger yang masih giat menulis di blog masing-masing.

SBB2015 Denaihati HilalAzmi


Dalam sesi perkongsian bersama saudara Aqif Azizan, beberapa perkara baru aku kenalpasti sebagai ilmu yang wajar diterokai bloggers di Malaysia.
1. Ilmu untuk menjadikan blog sebagai kerjaya
2. Mengenalpasti jenis kandungan blog yang boleh mencipta pendapatan.
3. Pelan strategik untuk menjana pendapatan menerusi blog.

Mungkin bagi kebanyakan blogger, blog hanya perlu menulis dan daripada penulisan kita, pendapatan akan dijana melalui iklan.

Persoalan paling mengancam dan menusuk kalbu oleh Aqif Azizan ketika sesi sharing beliau ialah:

Takkan la kita nak jadi HAMBA kepada blog sendiri? Adakah kita juga mahu jadi HAMBA kepada PENGIKLAN semata-mata?

Persoalan tersebut banyak memberi kesan pada aku. Sebab menjadi hamba dengan 'tulis sekadar ada' serta 'menulis tanpa arah tuju' menyebabkan blog hanyalah medium lepas geram buat kebanyakan orang.

Ilmu baru tu perlu digilap lagi, insyaallah akan berkembang dengan lebih baik menerusi inisiatif #ProjekBesaq selepas ini.

SBB2015 Denaihati HilalAzmi

 

2 comments:

  1. x seronok pula dengar ayat "program SBB ni maybe terakhir", ke lepas ni ada program lain atau denaihati x mau anjur apa apa dah

    ReplyDelete
  2. x sempat nak hadir, program mcm ni mmg menarik para blogger

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.