Melawat Tapak Ramsar Tanjung Piai, Pontian, Johor

Merantau dan berjalan-jalan memang hobi aku, dan kerapkali aku tak berapa minat untuk buat perancangan yang beriya untuk setiap perjalanan aku.

Salah satu impian aku ialah untuk berada di penghujung benua Asia iaitu kedudukannya dipercayai berada di Tanjung Piai, Pontian.

Jadi, satu malam selepas balik daripada kerja, aku ajak teman hidup aku untuk bersiap dengan sepersalinan pakaian, dan kebetulan pada masa sama, Aisha pon ada kat rumah maka kami gerak bertiga ke Johor Bahru untuk misi mencari penghujung benua Asia.

Menggunakan khidmat teknologi internet, kami waze saja ke Pontian selepas tiba di Johor Bahru.

Rupa-rupanya perjalanan dari JB ke Tanjung Piai ni hanyalah sekitar 70 kilometer saja. Tapi, perjalanannya mengambil masa lebih kurang sejam setengah menaiki kereta.

Kami tiba di Tanjung Piai tu kira-kira jam 3 petang.

Cuaca masa tu hangat sebab nak ujan. Daerah berdekatan sepanjang perjalanan kami ke Kukup, memang hujan rintik-rintik.

Antara laluan untuk pelawat di sini.


Sesampainya kat Taman Negara Johor, Tanjung Piai tu, baru aku sedar bahawa kawasan hutan bakau ni jugak telah digazetkan sebagai Tapak Ramsar (yang macam dok iklan dalam saluran Awani tu).

Dok tergelak kami bila sampai kat sini sebab mengenangkan iklan Tapak Ramsar kat TV tu...

Bagi aku, penjagaan Tapak Ramsar Tanjung Piai ni cukup sekadar ada. Memang hutan bakau seluas lebih 500 hektar kat sini dijaga dengan baik.

Usaha mengelak hakisan dibuat tetapi projek tebus guna tanah sedikit mengganggu.


Jambatan baru untuk ke lokasi paling hujung



Akan tetapi, ancaman terbesar Tapak Ramsar ni ialah hakisan akibat kerja-kerja tambakan tanah di mukim berdekatan menjadikan kawasan ini mangsa kepada kejadian hakisan.

Panoramic view di Tanjung Piai, Kukup, Pontian


Tapi, aku tetap berpuas hati sebab aku berjaya pijak kaki ke lokasi PALING SELATAN dalam Benua Asia dan memori ini aku anggap sebagai antara yang terindah dalam sejarah hidup aku.

Yeay!! Kami berjaya sampai.. :D

2 comments:

  1. nampak cantik, kalau buat sesi bergambar pengantin memang cantik.

    ReplyDelete
  2. rajin berjalan eh hang sekarang.

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.