Mariah si bakat muda yang hebat

Ketika penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh bulan lepas, aku digandingkan dengan seorang budak muda yang mula bersama keluarga Awani beberapa bulan lalu, nama dia Mariah Ahmad.



Masa tu, aku sendiri agak berdebar kerana itu kali pertama aku diminta untuk lead pasukan Awani dalam liputan untuk hal besar seperi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Sepanjang bekerja dengan Mariah, aku sangat suka sebab dia sentiasa bertukar idea dengan aku untuk membolehkan kami memberikan liputan terbaik sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Orangnya sangat pemalu tetapi berani untuk mencuba dan suka redah apa saja biarpun dia sendiri tampak takut dengan apa yang dia cuba teroka.

Itu adalah sumber utama dalam meningkatkan keupayaan dalam kemahiran mendapatkan berita dan juga menulis berita yang baik.

Balik saja daripada penamaan calon, Mariah diberi peluang untuk ke Nepal dalam misi bantuan bersama Mercy Malaysia kepada Mangsa Gempa Bumi di sana.

Semalam, Mariah sendiri berhadapan situasi cemas apabila gegaran susulan berlaku dan laporan ketika kejadian berlaku dirakamkan Mariah dan dihantar ke bilik berita.

Laporan eksklusif ini paling aku kagumi setakat ni sebab bukan senang wartawan nak hadapi sendiri situasi cemas di lokasi bencana.

Ketika ini, Mariah masih berada di Nepal menjadi solo-journalist Awani di sana.

Mari kia doakan moga dia selamat dan dapat bagi laporan yang menarik untuk kita tontoni. 

2 comments:

  1. I saw her video published on AstroAwani's IG. It was a nerve wrecking moment. Hebat la dia!

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.