Dakwat kekal yang teramatlah kekal

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang berlangsung minggu lepas menyaksikan majoriti pengundi di parlimen ini memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai wakil ke parlimen.



Seperti yang orang semua ketahui memang banyak isu timbul ketika proses kempen dan pembuangan undi berlangsung.

Situasi biasa untuk penduduk di kawasan Parlimen Permatang Pauh ialah berlakunya perang mulut dan caci mencaci di kalangan penyokong tegar parti tertentu.

Jangan terkejut, kerana suasana yang disebutkan tadi kekal sejak 1998 lagi.

Paling menyedihkan, ada di kalangan ahli keluarga seolah putus saudara akibat ideologi politik yang berbeza.

Namun, pasak ideologi yang tertanam dalam diri pengundi di Permatang Pauh masih kekal biar apa jua isu yang ditimbulkan mana-mana pihak dalam menarik sokongan.

Begitu juga dengan dakwat kekal yang digunapakai dalam Pilihanraya Kecil kali ini.

Biarpun sudah seminggu, ia masih utuh melekat di jari...
Dakwat Kekal
May 15, 2015
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…