Saturday, May 16, 2015

Aku dan cikgu

Sejak kecil, aku sentiasa diminta oleh mak dan abah untuk menghormati cikgu yang pernah mengajar aku.

Bermula daripada tadika, hubungan erat aku dengan cikgu (ketika itu) sampai tahap aku kena marah dengan suami cikgu tadika aku sebab aku selalu call cikgu aku untuk sembang hal kat sekolah.

Aku sendiri pon pelik dengan perangai aku masa tu.. Tapi itu antara permulaan hubungan erat aku dengan cikgu kat sekolah.

Bila masuk saja sekolah rendah, iaitu di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, di situ aku mula membesar dan macam-macam akal datang dan membentuk peribadi aku sekarang.

Mula dengan pasukan nasyid yang diajar oleh Guru Besar, sampailah ustazah yang jadi personal trainer aku untuk pertandingan Tilawah Peringkat Daerah semuanya aku akrab seolah-olah mereka tu mak sedara aku.

Pernah juga timbul rasa dendam dengan Cikgu Muzik aku, nama dia Cikgu Jasni sebab dia ni pernah tampar aku masa darjah 3 akibat salah rentak lagu boria yang dia ajar. Yang menimbulkan sakit hati aku masa tu, dia mengajar aku depan budak darjah 2, dan dia bubuh penampar di depan kelas sambil disaksikan Guru Besar yg bertindak sebagai pemain muzik masa tu. sambil nangis aku nyanyi boria depan bebudak darjah 2 tu dan jugak Guru Besar sekolah. Marah dan dendam takat tu ja la.. Bagi aku, yang penting aku enjoy nyanyi masa tu...

Tadak la pulak aku nak p cari kereta cikgu muzik tadi dan aku pecahkan cermin. Sebab aku tau, abah akan backup cikgu memandangkan dia dah bagi lesen besar kat cikgu2 untuk pukul aku utk mengajar, jgn smpai luka dan cacat.

Itu kisah sekolah rendah..

Mai sekolah menengah, dok kat asrama.. Cikgu ni jugak la warden asrama (pada kebiasaannya). Justeru itu, tumbesaran di usia remaja memang banyak dihabiskan dengan cikgu-cikgu kat sini.

Bagi aku pulak, setiap pesanan (yang tidak melibatkan silibus formal) itu yang akan aku ingat. Malah sampai sekarang memang ajaran itu yang membantu aku untuk membuat keputusan di ketika alam dewasa menjengah diri ini.

So, cikgu dan warden asrama ni jugak menjadi insan penting yang membentuk sahsiah dan peribadi aku. Sebab diorang ni selalu share kisah hidup dan kesusahan yang dialami.. Tu yang aku kagum..

Ini ketika aku kacau cikgu Asleenda tengah touch up uk amek gamba - GAMBAR HIASAN 

Maka dengan sebab itu, Hari Guru menjadi tarikh penting dalam hidup aku. Kalaupun aku terlalu sengkek tadak duit untuk belikan hadiah, aku akan pastikan setiap satu cikgu atau insan yang pernah ajar aku untuk mematangkan diri, aku ucap selamat hari guru kat mereka melalui SMS..

Mungkin ada antara cikgu aku yang telah pergi menemui Tuhan, doa dan AlFatihah buat mereka. Dan aku harapkan hubungan erat ini diteruskan selamanya kerana mereka akan sentiasa memerhati dan merindui kita walau di mana kita berada.

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.

2 comments

untung cikgu dapat anak murid macam nii.. hihi

bdk2 skrg, jgnkan tampar, tepuk sikit pun da report mak ayah..huhu

Sebarang komen amatlah dihargai.