Tips kawal debaran di depan kamera

Setiap kali aku buat kerja, banyak orang akan datang dan komen kat aku, "alaaa senang la hang dok depan kamera tu, hang dah biasa!"

Bagi, aku, debaran tetap ada SETIAP KALI berada di depan kamera, sebabnya, setiap patah perkataan yang dikeluarkan melalui kamera itu akan menjadi bahan untuk penonton sembang sebaik sahaja mereka menonton kewujudan aku di tv.

Setiap kali aku nak buat keja tu la fikiran aku meracau dan jiwa jadi menggelabah. Tapi.... Nak tenangkan diri tu yang paling dahsyat untuk aku kawal.

Begitu juga dengan kebanyakan orang yang aku jumpa untuk temuramah, terutamanya dalam hal mendapatkan pendapat atau pandangan mereka tentang sesuatu. Sebagai rakyat marhaen yang tidak punya kuasa atau akses kepada pimpinan tertinggi, inilah waktu terbaik untuk bercakap dan memberikan pandangan (asalkan tidak mencarut ataupun memaki hamun di depan kamera).

Tapi.... kebanyakan kita selalu mengalami debaran atau getaq kata orang Utara.

Jadi, macam mana nak kawal debaran ketika bercakap / membentangkan sesuatu?

Tak susah, sebabnya aku selalu menerima debaran ini sebagai peluang untuk aku kawal diri dari terus mengarut tanpa fakta yang disahkan. Jadi, untuk kawal debaran ni, aku gunakan 3 tips ini demi memastikan rupabentuk diri tak nampak macam getaq teruk nak mampuih bila menyampaikan maklumat di depan kamera.

1. Bernafas secara normal malah, kawal nafas anda agar diri anda menjadi tenang.
Situasi ini penting kerana apabila kita berdebar, hormon adrenalin akan merembes keluar yang mengakibatkan degupan jantung menjadi semakin kencang. Justeru, dengan teknik pernafasan yang normal (yakni seperti tiada apa-apa berlaku) ini akan menjadikan anda tenang untuk berfikir.

2. Susun point isi penyampaian anda dengan cermat dan tertib.
Ini jugak penting kerana kita hanya ada masa kurang daripada 3 minit untuk bercakap dan kena pastikan ayat yang dikeluarkan lengkap dengan isi dan fakta yang jelas. Prinsipnya, kita kena faham dulu baru orang lain boleh faham apa yang kita nak sampaikan.

3. Baca doa tenangkan diri dan doa moga Tuhan lancarkan pemikiran dan lidah kita untuk bercakap.
Manusia dan Tuhan takkan dapat terpisah. Justeru, permintaan dariNya mampu memudahkan kawalan situasi di samping kawalan pemikiran demi kelancaran penyampaian.

Mungkin itu tips sementara waktu yang boleh aku kongsikan.

Cabaran aku lepas ni banyak lagi.. Insyaallah ada peluang aku share mana yang mampu.. Jadi, aku kongsikan situasi aku getaq truk masa keja... :(

 

2 comments:

  1. sabar bro sabar.

    biasalah tu kekadang jarang nampak muka abam hensem yang baru kawin masuk tv berita. getaq tu besalah, jangan tersasul sudah okey :D

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.