Teknologi yang membunuh zaman kanak-kanak

Zaman kanak-kanak ialah zaman yang paling indah dan membahagiakan bagi semua jenis manusia. Pada zaman inilah kita akan melalui proses penerokaan kehidupan melalui aktiviti yang kita buat.



Akan tetapi, perkembangan teknologi sekarang telah banyak mengubah aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak generasi kini. Memang tidak dinafikan, kehadiran gajet berteknologi tinggi mampu meransang otak dan pemikiran kanak-kanak ini dengan lebih cepat.

Namun, kebanyakan gajet ini hanya digunakan untuk meransang deria seperti penglihatan, pendengaran dan juga pemikiran kanak-kanak ini. 

Hakikatnya, kebanyakan gajet mengurangkan aktiviti fizikal kanak-kanak generasi kini seiring dengan kegusaran ibubapa zaman kini yang takut dengan kejadian jenayah dan kemudaratan lain yang mampu mencederakan anak-anak mereka.

Tahulah anda bahawa kanak-kanak yang aktif secara fizikal akan mencapai kematangan yang lebih cepat berbanding mereka yang dibesarkan hanya di depan gajet?

Aku sendiri sentiasa berpesan pada diri sendiri untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Jangan biar nilai kemanusiaan tenggelam dalam arus pemodenan yang kita kecapi sekarang.


Aktiviti Fizikal
April 21, 2015
1

Comments

  1. gajet memang memudaratkan kalau tak dikawal. kena set rules pada kanak-kanak jika nak guna.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen …

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…