Friday, April 24, 2015

Nasi Kandaq Beratoq Pokok Ketapang, Bagan Luaq

Setiap kali orang KL mai Penang saja, mesti akan tanya, "Hilal kat mana nasik kandaq paling best?".. Aku plak selalunya jadi buntum nak jawab macam mana dengan persoalan tu.



Bukan apa, nasi kandaq ni sejenis makanan yang ada niche dia yang tersendiri mengikut selera orang ramai (terutamanya warga Penang yang taste dia dah beraneka macam). Akan tetapi, yang famous dan overrated macam Nasi Kandar Line Clear tu bukan taste kebanyakan orang Penang la setau aku.

Untuk mereka yang mungkin datang bertugas di area Seberang Perai, aku cadangkan untuk merasa Nasi Kandar Jamal atau lebih popular dengan panggilan "Nasi Kandaq Pokok Ketapang". 

Kat mana nak jumpa kedai dia? Senang ja, boleh Waze atau guna Google Map, carik saja 'TM Point Butterworh' ataupun Telekom Bagan, sebabnya kedai dia akan ada betoi-betoi bawah pokok ketapang kat sebelah Telekom tu. Kedai dia bukak jam 11 malam.

Kenapa 11 malam baru nak bukak?
Biasanya selepas jam 11malam, mereka yang bekerja kat Penang Port dan orang yang baru balik keja kilang di sekitar aru balik keja dan nak makan nasik. Di samping tu, waktu tu adalah yang tervaik sebab semua lauk fresh baru keluar dari dapoq.

Keistimewaan nasi kandaq pokok ketapang ni dia punya nasik. Serious hangpa kena try sebab sedap.

Setakat ni kebanyakan kawan yang aku bawak p makan kat sini suka dan ajak p lagi untuk makan kat sana. Enjoys!



1 comments :

perghhh panjang betull beraturr tuuu..

Sebarang komen amatlah dihargai.