Monday, April 20, 2015

Naikkan berat badan 8 kilo dalam 60 hari

Aku mengalami perubahan hidup yang amat pesat sejak 60 hari yang lalu.

Fasa kehidupan, semestinya kita akan melalui beberapa fasa perubahan yang menjadikan kehidupan ini sangat indah.

Teringat sekitar 5 tahun dulu, aku teramat kurus dan berat badan aku hanya sekitar 60 kilogram. Justeru, aku memang berusaha untuk menaikkan berat badan sikit demi kestabilan fizikal.

Macam-macam aku lakukan untuk menaikkan berat badan, tetapi memang sukar terutamanya untuk manusia aktif macam aku.

Aku 4 tahun lalu....

Antara perkara yang aku buat untuk menaikkan berat badan ialah melalui kaedah makan nasi 6 kali sehari, makan telur separuh masak di waktu malam, dan tak kurang juga aku habiskan nasi lebihan kat dapur rumah (biasanya bila balik rumah mak aku la).

Aku menggerakkan usaha aku pada ketika bacaan Body Mass Index aku hanya sekitar 18.1 dan aku perlu menambahkan sekurang-kurangnya 10 kilogram. Semuanya hampir sia-sia kerana aku hanya berjaya menaikkan berat badan sekitar 3 kilogram saja.

Dipendekkan cerita, selepas 60 hari aku kahwin, tempoh tu dah cukup singkat untuk aku naikkan berat badan aku sebanyak 8 kilo!

Adoi!!! sekarang ni BMI aku dah 24.0... Ke arah KEGENDUTAN plak... BAHAYA nihhhh.....

Selepas berlaku perKEMBANGan yang pesat




Sebarang komen amatlah dihargai.