Rabun warna vs rabun kehidupan

Perdebatan mengenai #TheDress minggu lepas banyak membuka mata orang ramai tentang kepentingan pengetahuan sains terutamanya dalam cabang Fizik.

Persoalan mengenai warna dress sama ada biru dan hitam ataupun putih dan emas membuktikan ada antara kita yang mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan sesuatu perkara.

Akan tetapi itu sebenarnya hanyalah gimik pemasaran yang cuba diketengahkan pereka fesyen berkenaan agar produknya laris di pasaran.

Namun, aku mulai sedar bahawa ada orang di sekeliling aku yang hakikatnya mengalami masalah rabun warna (iaitu insan yang diciptakan tidak mampu melihat warna yang betul berbanding orang biasa).

Justeru, dalam kehidupan aku dapat bayangkan betapa pentingnya kita sentiasa berkongsi pengalaman dan kongsi kisah agar hidup kita cepat matang.

Kalau dalam kes rabun warna, kita takkan tau sapa yang mengalami masalah tersebut melainkan kita sendiri mengalaminya, ataupun orang terdekat dengan kita yang mengalami masalah tersebut.

Teringat satu quote yang dikongsikan menerusi timeline  di Twitter, "Semua manusia akan tua, tetapi bukan semua manusia akan matang".

Bagi aku, kematangan hanya akan berlaku apabila kita mengalami sendiri sesuatu situasi. Kalaupun kita tak mampu, tak dipilih ataupun tak terdaya mengalami sesuatu situasi, sekurang-kurangnya kita berkongsi pengalaman dengan orang yang mengalaminya agar kita tahu cara untuk deal sendiri dengan pengalaman terbabit.


Matang
March 4, 2015
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Hebat!