Monday, March 9, 2015

Pengalaman kerja sempena #SetahunMH370

Antara kawan2 media lain.. :D
Semalam genap setahun kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang mengejutkan kita rakyat Malaysia malah menggegarkan industri penerbangan dunia.

Malah, sebagai pekerja dalam industri media, aku melihat kejadian ini sedikit sebanyak telah berjaya suntuk satu bentuk pemikiran baru buat pengguna berita di Malaysia.

Pengguna berita kini perlu sumber berita tempatan yang bersifat terkini dan 24 jam, dan di situ, Astro Awani mula mendapat perhatian di kalangan pengguna berita.

Memang dari segi kerja, segalanya mencabar sebab kami perlu berikan yang terkini dan terbaik untuk tatapan penonton. Justeru, tempoh bekerja juga meningkat kerana isu ini bukan sekadar isu dalam negara semata-mata.

Dek kerana itu, pengalaman yang dialami memang sesuatu yang paling sukar untuk dilupakan.

Malah, bagi aku, perkenalan dengan rakan media, ahli keluarga dan mereka yang bertugas untuk operasi berkaitan isu ini juga membawa aku kepada dimensi baru kehidupan.

Dimensi baru yang macam mana?
1. Aku jadi lebih faham bahawa bukan semua kehendak manusia kita boleh puaskan.
2. Kita kena lebih sensitif dengan apa orang lain rasa. Kadang-kadang pengguna servis kita (yakni pengguna berita / penonton berita) memang lebih mudah tersentuh dengan visual kesedihan dan orang menangis, tapi kalau itu berlaku pada diri kita, maybe kita sendiri pon tak suka kan..
3. Bukan semua benda yang kita nak boleh didapati dengan kaedah paksaan.

Jadi, pengalaman ni jugak banyak mematangkan aku dalam hal kehidupan.

Sebenarnya, setahun lalu ketika kejadian aku bersama dengan Team Denaihati untuk program Sepetang Bersama Blogger 2014, habis ja program tu, aku terus ke ofis untuk bantu pasukan yang bekerja keras di bilik berita.

Kebanyakan yang cuti semuanya dipanggil untuk bekerja pada hari berkenaan.

Memang kelam kabut, tapi alhamdulillah, kami sentiasa positif dengan apa yang kami lakukan dan alhamdulillah, penerimaan yang baik daripada penonton.

Sempena #SetahunMH370 mai layan video ni...



Sebarang komen amatlah dihargai.