Thursday, March 5, 2015

Jangan biarkan orang kelaparan

Menjadi seorang yang aktif sememangnya memerlukan tenaga yang cukup banyak untuk memenuhi keperluan gaya hidup tersebut.

Macam aku ni, disebabkan aktif melakukan pelbagai aktiviti setiap hari, aku jadi kerap lapar. Untuk itu, aku akan kerap makan.

Memandangkan harini ialah ulang tahun ke 105 Bapa Mee Segera, aku dedikasikan entry hari ini kepada beliau. Bukan apa, kewujudan mee segera sebenarnya dah banyak tolong orang yang kerap kelaparan macam aku terutamanya di waktu yang kurang sesuai iaitu pada tengah malam.

Siapa Bapa Mee Segera? Dialah Momofuku Ando, seorang lelaki berketurunan Taiwan - Jepun yang mencipta kewujudan mee segera di Jepun.

Beliau merupakan individu penting dalam industri ini yang telah menyelamatkan banyak nyawa Pasca Perang Dunia yang lalu.

Tapi penciptaan mee segera ini amat memberikan kesan kepada kehidupan aku.

Betul kata Momofoku Ando, “People can only be content when there is enough food.”

Kesimpulannya, nak jaga prestasi kerja pasukan kita, jangan sesekali biarkan mereka kelaparan.


1 comments :

Assalamualaikum..encik..saya nak minta jasa baik encik untuk memberikan sponsor kepada badan beruniform kadet bomba sekolah saya..diharap encik dapat menghubungi sy di 0133546128.. sy sedang mncari sponsor dlm bentuk tunai bg membeli barang kelengkapan uniform bagi ahli kadet saya..

Sebarang komen amatlah dihargai.