Friday, January 16, 2015

LESEN penting mak abah kepada cikgu

Masalah yang berlaku di bidang pendidikan kini ialah apabila guru terpaksa merendahkan pemikiran mereka dalam usaha untuk menarik minat belajar. Berbeza dengan beberapa zaman purba lalu, anak murid akan berusaha keras untuk berada pada tahap pemikiran guru ketika belajar.

2 org cikgu yang memang garang nak mampos!
Sorang pernah potong rambut aku sebab panjang...
Sorang lagi pernah suruh aku ketuk ketampi 200
kali.... Cis!
Tidak kurang dengan itu, masalah disiplin di kalangan pelajar kian aneh.

Perilaku serta perbuatan mereka kian berani malah ada yang dengan penuh angkuh mampu mengajak cikgu mereka untuk bertumbuk di luar kelas.

Kalaupun berlaku sebarang kes ke atas pelajar terbabit, ibubapa KEBANYAKANNYA akan mengambil jalan dengan menyalahkan cikgu dan kemudian si anak akan mendapat back up  baeekkk punyaa dari mak pak.

Aku masih ingat ketika awal tahun ataupun hari akademik (yakni hari di mana mak pak akan jumpa cikgu untuk meneliti dengan mata kepala sendiri berkaitan prestasi anak mereka dan review secara bersemuka cikgu ke atas murid terbabit), mak abah aku akan memberikan sejenis LESEN KERAMAT kepada cikgu-cikgu aku untuk tujuan pendidikan.

LESEN KERAMAT tu, berbunyi begini " cikgu ajarlah anak saya dengan baik.... kalaupun dia ini nakal, tak dengar arahan mahupun buat benda yang menyalahi hukum agama, rotanlah dia, dendalah dia selagi dia tak cacat ataupun mati"

Maka dengan lesen itu, proses mengajar akan jadi lebih efektif.
NOTAKAKI**ini hanya pendapat peribadi la ya.

Sebab apa efektif????
1. Anak tahu bahawa mak pak dia takkan back up  dia kalau dia buat salah dan didenda cikgu yang lantas memberikan kesan buruk kepada keputusan peperiksaan dia.
2. Cikgu boleh mengajar budak sambil mengenakan hukuman sekiranya perbuatan salah dibuat. Dan hukuman ini ada hadnya dan hanya layak digunapakai untuk tujuan mengajar (secara akademik mahupun untuk keperluan kehidupan di masa akan datang)

Mungkin jugak pemodenan kehidupan di celah kecanggihan teknologi tidak lagi mampu memanusiakan manusia melalui LESEN ini...

2 comments

Lesen besar tu tapi sekarang berapa ramai yg beritau cikgu.... cikgu pun naik risau nak denda lebih2 pd murud sekarang.

menarik membaca dunia pendidikan saat dimana pun persoalannya hampir sama

Sebarang komen amatlah dihargai.