Kasih sayang bukan sekadar hubungan SEHARI

Menjalani kehidupan dengan komitmen yang kian meningkat menyebabkan masa 24 jam semacam tidak cukup.

Antara cikgu sekolah rendah yang pernah mengajar aku.

Akan tetapi, aku sentiasa berusaha memastikan jalinan kasih sayang yang terhubung sejak sekian lama kekal berhubung dengan baik biarpun teknologi internet menjadi medium penting dalam usaha menyemarakkan rasa kasih dan sayang sesama kenalan, sahabat, ahli keluarga mahupun cikgu-cikgu.

Mungkin jiwa Aquarius aku terlalu kuat sehinggakan aku terlalu sentimental dengan sebarang bentuk jalinan perhubungan sesama makhluk.


Baru-baru ni aku membuat misi #KembaliKeSekolah dengan harapan aku boleh kembali mengeratkan jalinan buat cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah yang aku difahamkan makin tua dan makin rindu akan anak murid mereka.

Antara Cikgu paling garang yang pernah mengenakan denda
secara fizikal kepada aku.. Tetapi sebab dapat LESEN BESAR
dari mak abah, maka LESEN itu digunakan sebaiknya.
Semasa bertemu dengan cikgu-cikgu aku ni, pada mereka bukan intan permata mahupun ketulan emas dimahukan sebagai balasan kepada mereka. Cukup dengan hanya sedikit perhatian. Contohnya ucapan selamat pada hari kebesaran mahupun perayaan, pon sudah cukup mengingatkan mereka pada kita lantas mendapat doa secara percuma untuk kehidupan yang lebih berkat.

Malah, ada antara cikgu yang mengeluh dengan sinis mampu mengatakan, "aku mungkin mampu melahirkan 100 murid straight A setiap tahun, tetapi belum tentu 1 orang pon murid dia akan kekal berhubung dengannya apatah lagi mendoakan dia selepas keluar dari sekolah".

Sejak pertemuan tadi, aku mula paham, kasih sayang itu kadang-kadang tak perlukan sentuhan... Kasih sayang tu kerapkali terwujud melalui sifat kimia yang terurai dalam badan kita. Cuma kita jarang nak gali dan fahaminya untuk membahagiakan kehidupan.
Aquarius
January 15, 2015
1

Comments

  1. Hahahaa... zaman dedulu memang mak bapak akan bagi LESEN BESO kat cikgu-cikgu... tapi zaman sekang nih.. susah nak ckp aaa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Belajarlah daripada Spiderman!

Filem terbaru keluaran Marvel Studios, Spiderman: Far from Home merupakan filem…