Menjalani kehidupan dengan komitmen yang kian meningkat menyebabkan masa 24 jam semacam tidak cukup.
![]() |
Antara cikgu sekolah rendah yang pernah mengajar aku. |
Akan tetapi, aku sentiasa berusaha memastikan jalinan kasih sayang yang terhubung sejak sekian lama kekal berhubung dengan baik biarpun teknologi internet menjadi medium penting dalam usaha menyemarakkan rasa kasih dan sayang sesama kenalan, sahabat, ahli keluarga mahupun cikgu-cikgu.
Mungkin jiwa Aquarius aku terlalu kuat sehinggakan aku terlalu sentimental dengan sebarang bentuk jalinan perhubungan sesama makhluk.
Baru-baru ni aku membuat misi #KembaliKeSekolah dengan harapan aku boleh kembali mengeratkan jalinan buat cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah yang aku difahamkan makin tua dan makin rindu akan anak murid mereka.
![]() |
Antara Cikgu paling garang yang pernah mengenakan denda secara fizikal kepada aku.. Tetapi sebab dapat LESEN BESAR dari mak abah, maka LESEN itu digunakan sebaiknya. |
Malah, ada antara cikgu yang mengeluh dengan sinis mampu mengatakan, "aku mungkin mampu melahirkan 100 murid straight A setiap tahun, tetapi belum tentu 1 orang pon murid dia akan kekal berhubung dengannya apatah lagi mendoakan dia selepas keluar dari sekolah".
Sejak pertemuan tadi, aku mula paham, kasih sayang itu kadang-kadang tak perlukan sentuhan... Kasih sayang tu kerapkali terwujud melalui sifat kimia yang terurai dalam badan kita. Cuma kita jarang nak gali dan fahaminya untuk membahagiakan kehidupan.
related posts
Aquarius
January 15, 2015
1
Hahahaa... zaman dedulu memang mak bapak akan bagi LESEN BESO kat cikgu-cikgu... tapi zaman sekang nih.. susah nak ckp aaa...
ReplyDelete