2015 tahun yang menarik

Kehadiran tahun baru kali ni memang mencabar bagi kita di seluruh Malaysia. Aku baru nak mulakan post pertama di tahun baru 2015 selepas lebih 2 minggu kita memulakannya.

Beginilah malam tahun baru kami di Gua Musang 
Secara peribadi, aku menganggapkan permulaan tahun ini dengan kejadian banjir besar yang melanda negeri di Pantai Timur tanah air amat menggugat permulaan tahun. Memang daripada segi kerja, ia mungkin laporan yang menarik untuk dibawa kepada umum, tetapi mencabar terutamanya untuk meneruskan kehidupan.

Bayangkan golongan yang mungkin selama ini hidup secara sederhana dan mungkin ada antara mangsa banjir memang dalam keadaan susah kini hidup dengan lebih daif tanpa tempat tinggal dan boleh aku katakan dengan kejadian bah kali ini ramai antara mereka jatuh pada kedudukan yang layak menerima zakat.

Akan tetapi, hidup tetap harus diteruskan. Biar apa jua dugaan, cabaran mahupun kekacauan, kita patut mengatasinya dengan pengurusan yang cukup bijak dan berhemah.

Tahun ini bakal menjadi sejarah baru dalam hidup aku. Mungkin perubahan kali ini akan memberi kesan besar kepada kehidupan di masa akan datang.

Ini kerana, keputusan kali ini lebih bersifat perjuangan baru dalam kehidupan.

Insyaallah akan dikongsikan dalam kisah seterusnya.

Tetapi.... Azam tahun ni memang nak banyakkan perkongsian pengalaman melalui blog yang kian bersawang sampai dah banyak kena perli dengan kengkawan lain.
azam baru
January 13, 2015
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Hebat!