Penilaian awal yang menyakitkan

Menjadi manusia biasa sememangnya kita takkan dapat lari daripada menilai orang lain mahupun cuba membandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan kita.
Kadang-kadang kawan suka menyokong kita
dalam suasana senyap dan sunyi. - GAMBAR HIASAN

Malah, ada di kalangan orang sekeliling aku sendiri amat suka untuk menilai orang lain tanpa mengenali mereka terlebih dahulu.

Memang diakui, aku sendiri kerap terperangkap dengan nilai kehidupan sebegini yang baru aku sedar bahawa pengamalan menilai orang tanpa mengenalinya terlebih dahulu amat tidak sihat dalam kehidupan bermasyarakat.

Aku ada seorang kawan, hidupnya amat mewah dan dirinya kerap mengalami masalah untuk berkawan dengan orang lain. Baginya, orang lain akan sentiasa menilainya terlebih dahulu dengan membawa pemikiran bahawa dia anak orang kaya yang mampu untuk ada apa saja. Dia juga berpendapat orang akan sentiasa nak berkawan dengan dia untuk tujuan 'tumpang harta' yang dipunyai dirinya.

Itu kisah kawan yang berada dari segi harta. Ada pula kawan yang membayangkan kebijaksanaan hanya ada pada dirinya dan tidak pada orang lain.

Kawan jenis ni pon kerap ada masalah untuk berkawan dengan orang lain. Ini kerana dia hanya suka membandingkan kebijaksanaan orang lain berasaskan penampilan dan juga pembawakan diri individu terbabit. Juga membawa konsep penilaian awal ke atas orang lain.

Bagi aku, janganlah kita menilai orang tanpa mengenali mereka.

Kerapkali berlaku kat diri aku, individu paling dibenci ramai merupakan individu paling berguna dalam kelompok masyarakat yang didudukinya. Begitu juga dengan individu yang kekadang mengundang kebencian dari dalam diri aku.

Tak kenal maka tak cinta.

Hidup hanya akan indah bila kita seimbangkan hubungan sesama manusia dan juga hubungan kita dengan Tuhan.

1 comment:

  1. Bangganya gambar aku jadi gambar hiasan ko...hehehehe.. -OBDSNG

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.