Kalau nak buat duit dengan blog, peluangnya amatlah besar

Foto Kredit kepada HazmanFadzil.com

Baru-baru ni aku sempat mengikuti seminar yang julung-julung kali diadakan oleh Denaihati Network iaitu Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog. Seminar yang memberi penekanan kepada kaedah menjana wang menggunakan kaedah affiliate amat membuka mata di samping ramai juga kenalan maya yang dapat aku jumpa. 

Perkongsian oleh mereka yang berpengalaman dalam membuat duit secara online banyak memberi inspirasi kepada aku akan peluang yang ada dalam alam maya ini.

Banyak lagi cabang ilmu yang boleh diteroka dan aku mula faham akan konsep jihad dalam perniagaan. Sememangnya rezeki sudah ditentukan Tuhan kepada manusia. Biar apa jua keadaan, apa jua cabaran, pada akhirnya, kita tetap akan dapat menikmati rezeki dari Allah. Itu konsep kehidupan yang aku baru sedar.

Jadi, tak susah kalau nak belajar. Dunia kini dah takda sempadan untuk menimba ilmu. Bagi yang berduit, laburkanlah sikit duit tu untuk tujuan menambah pendapatan. Bagi yang banyak sangat masa terluang, berGooglelah kalian untuk menambah ilmu. Kalau malas sangat, cariklah awek hot yang bijak untuk sama-sama belajar bidang baru bagi menambah pengetahuan dan kemahiran menambah pendapatan.

**Tiba-tiba teringat kedai tudung Kak Siti yang hanya duduk rumah dan jual tudung....


aktiviti bahagia
December 16, 2014
8

Comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian info... Zaman sekarang ni kita kena rajin tambahkan ilmu, jika nak menikmati kehidupan yang selesa..

    ReplyDelete
  2. Zeo Unic boleh buat RM40,000 dengan affiliate untuk tempoh setahun :)

    ReplyDelete
  3. Apa pun yang penting mestilah usaha. kalo angat2 taik ayam memang x jadi apa2.

    ReplyDelete
  4. Blog akan kembali menjadi platform popular 2015 :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. memang affiliate terbukti berkesan. masih lagi teruskan sampai sekarang. tapi lebih fokus kepada bisnes sendiri. affiliate tak di lupakan

    ReplyDelete
  7. mestilah sebab sekarang blog jadi platform paling murah dan berbaloi di dunia.

    haik, sejak bila guna blogspot pulak?

    ReplyDelete
  8. peluang memang besar maka usaha pun kenalah besar kan. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!