Tampil ANEH dengan penuh yakin

Diperhatikan dan memerhatikan banyak memberi kesan kepada aktiviti kehidupan seseorang. Hal ini menjadi lebih dahsyat dan menggerunkan apabila kita kerap ditegur akibat fesyen pakaian kita yang tidak selari dengan kehendak semasa.

Aku kerap menjadi mangsa keadaan kononnya jenis pakaian yang aku kenakan tidak menampilkan kredibiliti serta jenama yang aku cuba perkenalkan kepada industri penyiaran. Malah, cikgu (yang memberi tunjuk ajar dalam dunia penyiaran) ni selalu memarahi aku akan taste aku yang amatlah berjiwa rempit.

Aku amat terharu dengan kritikan beliau sehinggakan ada satu masa dan situasi aku diminta berdiri dalam kelas dan apa yang aku kenakan pada hari terbabit dipersoal dengan penuh sinikal. Aku tetap yakin dengan penampilan yang aku bawa pada hari terbabit malah cuba memenuhi kriteria yang beliau gariskan pada awal semester.

Syukurlah aku senantiasa melihat ke depan menerusi manusia hebat yang sememangnya berjiwa muda malah berimpak global seperti Mark Zuckerberg.

Beliau kerap dikritik akibat selera fesyen keanak-anakan yang selalu dibawanya ketika berada di pejabat. Biarpun beliau sebenarnya mengalami masalah buta warna merah dan hijau, tshirt kolar bulat kelabu antara yang paling sinonim dengan Zuckerberg.

Tidak kurang dengan itu, Zuckerberg lebih selesa mengenakannya dengan  jaket hoodie bagi menjimatkan waktu paginya di rumah.

Penampilan yang aneh bagi pemilik syarikat jutaan dollar ini terus menjadi bualan ramai. Bagi si tegar fesyen, dia memang aneh. Hakikatnya, kebijaksanaan yang ada pada Zuckerberg terus menaikkan reputasi serta kredibilitinya di mata generasi baru yang mahukan kebebasan. Malah, Zuckerberg juga berjaya menonjolkan tabiat baik orang muda untuk menghormati kod pakaian mengikut situasi dan tempat hingga melonjak naik kredibiliti serta keyakinan pelabur untuk syarikatnya.




10 comments:

  1. prinsip den, pakaj je apa apa asal selesa dan tak sakit mata orang lain yang pandang

    ReplyDelete
  2. Asal sopan dan kene dengan tempat sudah...

    ReplyDelete
  3. Pakaije lah bang..janji selesa. Tapi yang paling best ialah bila kita pakai apapun orang tak kisah.

    ReplyDelete
  4. Erm, Tapi Hilal sgt beruntung kerana susuk fizikal Hilal boleh di kenakan dgn pelbagai gaya.....

    ReplyDelete
  5. janji kita selesa dengan pakaian yang kita pakai tue. ^_^

    ReplyDelete
  6. kadang kala kita tak perlu jadi orang lain dan jangan terpengaruh dengan sekeliling. Ikut kemampuan dan keselesaan... ia mempengaruhi jiwa kita sendiri...

    ReplyDelete
  7. Pakai apa saja asalkan masih menjaga aurat :)

    ReplyDelete
  8. Bawaan hati atau emang mencari sensasi ya. hehe

    ReplyDelete
  9. Asal selesa pakai..
    Takperlu nak ikut fesyen sangat pun..
    Mix and match pun dah ok..

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.