Sorry Lal, mak masak tak sedap

"Sorry Lal, mak masak tak sedap sangat hari ni.." Keluh mak pada aku tatkala aku menengok mata beliau ketika sibuk cuci pinggan di dapur.


Mak aku ni memang dahsyat. Sentiasa usaha untuk bagi yang terbaik untuk anak-anaknya biarpun beliau hanyalah surirumah sepenuh masa saja. Baginya, tak dapat penuhi hal kesukaan anaknya, beliau dah mula rasa bersalah.

Tapi itu naluri yang ada pada mana-mana mak pun di dunia ni. Aku yakin, bukan mak aku saja yang ada naluri macam ni.

Tapi, bila mak mengeluh macam tu kat aku, kepala aku berlegar. Apa jenis jawapan yang paling baik dan tidak menyebabkan mak sentap dengan jawapan.

Jawapan klise seorang anak "tak pa mak, nanti bleh masak lagi.. Yang ni nanti Lal perabih jugak.." 

Tapi, jawapan tu seolah-olah mengkehendakkan mak untuk lebih gigih masak dengan penuh kasih sayang ikut resipi yang memenuhi selera anak dia. Betoi dak? Jadi aku kena pikir jawapan lain untuk pastikan mak tak rasa bersalah.

Jadi, jawapan aku bila mak dengan penuh sedih mengatakan seperti statement di atas...

"Tak pa mak.. Lal syukur masih ada mak nak masak.. Bukan semua orang ada mak mcm Lal ada..."


2 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.