Siaran langsung pembentangan Bajet 2015

Pembentangan Bajet oleh Menteri Kewangan sentiasa dinantikan rakyat untuk mengenalpasti rancang an penyaluran wang kerajaan untuk kepentingan rakyat.

Ramai juga yang sibuk menantikan pengumuman bajet ini yang bertujuan menantikan BERITA GEMBIRA dari pihak kerajaan.

Apa harapan aku secara peribadi berkaitan Bajet 2015?

1. Jika kerajaan bercadang menambahbaik perkhidmatan awam, pastikan wang yang disalurkan terus ke sasaran tanpa di'cukai' oleh penjawat awam. Dengan isu rasuah yang kian mendapat perhatian biarlah RM1juta yang diperuntukkan disalur sepenuhnya kepada kumpulan sasar pada nilai yang sama.

2. Inisiatif pembelian rumah untuk rakyat Malaysia. Bukan inisiatif untuk orang luar beli rumah tinggal di Malaysia.

3. Peluang pekerjaan yang menarik untuk graduan yang semakin ramai dan mahukan cabaran dalam dunia pekerjaaa .

4. Tangguhkan lagi perlaksanaan GST! Bagi aku masih ramai yang tak faham sepenuhnya perlaksanaan GST terutamanya para pemanipulasi pasaran. Mereka pasti guna alasan GST untuk menaikkan harga barang.

Contohnya, kalaupun perlaksanaan GST dibuat, harga roti canai sepatutnya tidak bertambah memandangkan kesemua bahan untuk membuat roti canai ialah bahan yang dikenakan GST pada KADAR SIFAR seperti tepung, minyak masak.

Itu hanya harapan orang picisan macam aku. Ada jutaan harapan lain dari pelbagai sektor. Rakyat juga harus faham bahawa bukan semua perkara boleh dipenuhi oleh kerajaan.



Yang penting, ikuti Astro Awani di saluran 501 untuk perkembangan terkini serta perbincangan komprehensif untuk Bajet 2015 yang juga boleh diikuti secara live streaming PERCUMA di www.astroawani.com


Astro Awani
October 10, 2014
0

Comments

Search

Popular Posts

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Hebat!