Monday, October 13, 2014

PT3 lagi senang dari PMR??

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menjadi pengganti kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula tahun ini yang mana ada 453,413 calon perintis sistem baharu ini.

Tadi aku ditugaskan untuk mengenalpasti reaksi calon PT3 serta reaksi waris pelajar berkaitan hari pertama ujian bertulis untuk PT3.



Kebanyakan waris yang ditemui amat risau dengan sistem baru ini. Rata-rata mereka tidak dapat meneka pentaksiran mahupun pemarkahan yang digunapakai untuk PT3. Ya la, aku setuju kerana dengan sistem sebelum ini yang lebih berorientasikan peperiksaan menyebabkan pelajar agak tertekan menjelang hari peperiksaan sebenar.

Tapi kalo ni, pelajar tampak lebih tenang dan kurang tertekan dengan ujian bertulis yang diadakan. Kata mereka, setiap topik yang diajar akan melalui proses ulangkaji secara berterusan bersama guru. Cuma mereka sedikit penat dengan kertas kerja yang perlu disiapkan dalam memenuhi pemarkahan dalam PT3.

Selain itu, jumlah soalan yang perlu dijawab juga lebih sedikit berbanding PMR cuma pemberat markahnya yang lebih.

Namun ada antara waris yang risau dengan intergriti pemarkahan yg diberi kepada guru kerna risau favouritisme cikgu akan mengurangkan prestasi murid.

Tapi itu semua hanya reaksi mereka. Kita nantikan keputusannya nanti. Semoga kejayaan diperoleh calon-calon PT3!!

5 comments

hehe. kalau calrase da kata macam tu, rasanya ok la kan.
mungkin debarannya tak sama dengan duduk pmr sebenar.
lagi pun, pt3 tahun ni, kali pertama dilaksanankan, kan? :)

hg tnya dgn budak dan waris budak ja?nak tau pendapat yg mengajar ni, hg tanya aku...wasap...ahahaha

soalan pt3 mana ada objektif.. semuanya struktur dan esei. format ujian bertulis pt3 hampir setaraf dengan spm. adakah dua tiga tahun nanti format ujian bertulis spm akan disukarkan lagi? harap masyarakat dapat menerima transformasi pendidikan ni. biar masa menentukan hasilnya nanti.

Sebarang komen amatlah dihargai.