Genetik sukan boleh diwarisi anak

Abah aku merupakan seorang yang hebat dalam apa jua sukan. Baik bola sepak, takraw, badminton, olahraga, bola tampar dan macam-macam lagi.

Oleh yang demikian sepanjang aku dibesarkan memang aku kerap kali dibawa ikut ke padang bola dan pelbagai lokasi sukan lain. Dari segi jiwa, memang aku suka untuk mengikuti perkembangan sukan tanah air.

Bakat sukan tu sebenarnya boleh diwarisi. Malangnya bakat tu tidak jatuh kepada aku. Biarpun minat mendalam untuk menjadi atlet mana-mana jenis sukan tu ada, tapi memang aku tak layak sebab bakat dalam sukan memang kurang. Kebanyakan sukan yang aku babitkan diri biasanya memang sekadar suka-suka.


Maka beruntung adik lelaki aku, Hizam yang mewarisi bakat sukan yang ada pada abah. Segala jenis sukan yang abah main memang dia pon berbakat. Apa jadi kat aku??

Tengok dan enjoy saja bila tengok depa bermain sukan.

Ni macam malam tadi. Depa dua dok lawan snooker. Aku hanya layak main 2 set pertama ja. Lepas tu, depa bertarung la dua beranak. 

Takpa, bakat lain abah memang aku warisi dengan baik. Juga campoq sikit dengan kehebatan mak aku dalam hal marketing. Hehehe..

2 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.