Duduk KL ni membazir??

Sejak mendapat cuti sakit yang panjang beberapa minggu lepas, aku turut dihubungi beberapa sahabat lama yang belajar ketika di peringkat sekolah menengah dulu. Ramai di antara mereka yang kini sudah menjadi golongan profesional yang sudah banyak menyumbang kepada negara. 

Kami berkongsi pelbagai rasa dan pengalaman, ya la... Ada antara mereka ni tak pernah dihubungi langsung sejak melepasi tingkatan 5 dulu.

Aku sendiri berkongsi pengalaman bagaimana semangat untuk teruskan hidup di kota metropolitan yang penuh rencam seperti Kuala Lumpur.



Salah satu hal yang mengejutkan aku, sahabat lama ini ada berkongsikan rasa mengenai kehidupan di Kuala Lumpur. Bagi dia, dalam beberapa tahun lagi dia akan kembali ke kampung halaman di utara Semenanjung untuk meneruskan karier serta kehidupan bersama keluarganya. Dia merasakan kehidupan di KL ni banyak MEMBAZIR MASA terutamanya di atas jalan.

Semalaman aku berfikir mengenai kata-kata beliau. Ada benarnya, jika kita kerja waktu pejabat 9 pagi hingga 6 petang, sekurang-kurangnya warga kota terpaksa menghabiskan masa di jalan raya selama sejam. Bayangkan setiap hari sekurang-kurangnya 2 jam masa dihabiskan di jalan raya. Itu belum dikora dengan kesesakan luar biasa yang hampir setiap hari berlaku.

Dan bayangkan jika anak dibesarkan di ibukota yang kerapkali sesak ini, 60jam sebulan atau lebih 2 hari anak kita dibesarkan hanya dalam kenderaan...

Hurm.... Itu cabaran hidup di kota. Masing-masing ada pendapat sendiri yang penting jangan pernah jemu untuk berjuang demi kebaikan.
Ibu kota
October 1, 2014
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!