Leka dengan kehebatan sesebuah jenama

Berada di tempat atau syarikat yang mempunyai jenama dengan reputasi tinggi menjadi impian malah kebanggan bagi sesetengah orang. 

Dulu, aku sendiri pon ada perasaan yang macam tu memandangkan aku berpendapat bukan senang nak terpilih berada malah bekerja di syarikat dengan jenama yang dahsyat ni.

Namun demikian, ada sikit bahaya bila bekerja di syarikat yang dahsyat macam ni. Semestinya harapan dan cabaran untuk meneruskan legasi kegemilangan jenama ini bukan satu perkara mudah.

Akan tetapi, kita harus faham kenapa kita berada di kedudukan terbaik sehingga layak untuk berada di syarikat terbabit.

Oleh yang demikian, kalau dah terpilih berada di persekitaran yang gah dan dahsyat, jangan sesekali leka. Kena pastikan setiap kerja dilakukan dengan teliti dan JANGAN LEKA dek terbuai dengan populariti jenama yang anda bawa bersama nama anda yang tak seberapa tu.



4 comments:

  1. yang tak best bila kerja kat syarikat ternama dan tersohor ni. mereka akan ingat kita kenal dengan semua pekerja di dalamnya.

    'kenal tak kawan anak sepupu nenek makcik, dia pun kerja di situ'
    'kenal tak dengan si polan bin polan..dia kerja kat situ gak'

    padahal, komitmen kerja lebih banyak diperlukan berbanding untuk berkenalan dengan semua pekerja yang msuk belas ribu orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah!!! tu normal... tak salah untuk bertanya kan.. :D

      Delete
  2. artikel yang menarik, terima kasih sudah berbagi :)

    ReplyDelete
  3. semakin besar nama syarikat yang kita kerja tu semakin besar tanggungjawab pekerja untuk menjaga nama baik syarikat tu :)

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.