Jangan takut pada KOMITMEN!

Ketika menonton teater "Neoromantik" di Damansara Performing Arts Centre baru-baru ni, ada satu baris skrip yang menggoncang sanubari aku.



"Lelaki/wanita bukan tak suka pada hubungan cinta, tetapi satu perkara paling celaka yang sukar untuk diteruskan dalam perhubungan ialah KOMITMEN! Dan KOMITMEN inilah hal yang kerap menjadikan perhubungan selalu terganggu.."

Begitulah lebih kurang bunyiknya skrip tu. Tapi aku ada sikit setuju dengan hal komitmen yang perlu diselami bila jiwa saling berhubung ni.

Bagi aku komitmen tu sejenis maintainance untuk kelangsungan perhubungan. Ia membawa maksud aktiviti yang boleh dibuat untuk menyemarakkan rasa cinta dan kasih sesama sendiri.

Apakah kita perlu takut pada komitmen?

Tak perlu takut sebab komitmen ni sejenis proses menambah rasa cinta dan kasih lantas ia akan memenuhi jiwa yang pada akhirnya dinikmati melalui rasa bahagia.

Namun, komitmen itu mungkin berbeza mengikut jenis dan spesis manusia yang kita berhubung. Malah tidak keterlaluan juga komitmen yang harus diberi itu turut bergantung kepada tahap matang pasangan anda.

Macam jugak kita dengan Tuhan. Sebab tu Tuhan wujudkan sejenis aktiviti yang perlukan komitmen hambanya (iaitu manusia) melalui ibadat mereka (seperti solat, puasa dll) untuk menjadikan rasa dekat, sayang dan kasih pada Tuhan berkekalan. Kesannya? Tuhan akan sentiasa mendorong kita untuk mudah berurusan mahupun menjalani kehidupan yang kian mencabar.

**sesetengah org macam aku ni, makan roti pisang pon dah cukup membahagiakan... Hehe
komitmen
September 30, 2014
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …