Friday, September 12, 2014

Integriti dilacur demi yang pertama di media sosial.

Kehidupan yang dibayangi keindahan di alam media sosial sudah banyak menjerat kebanyakan orang terutamanya di Malaysia yang kini berlaku pertambahan pengguna yang mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Sejak kejadian MH370, diikuti kejadian MH17 dan terbaru isu kebocoran kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR banyak mengajar kita untuk lebih bijak menggunapakai ruang media sosial.

Mana tidaknya, apabila berlakunya sesuatu kejadian, ada saja yang berusaha untuk mengangkat dirinya menjadi hero di kalangan kawan-kawan serta ahli keluarganya. Bagi kebanyakan kita, menjadi orang pertama yang berkongsikan berita yang belum sempat pon dilaporkan media arus perdana menjadi kepuasan ramai malah ada yang menjadikan kegiatan ini sebagai pencetus semangat untuk meneruskan hidup.

Tak salah untuk berkongsikan maklumat. Tak salah juga untuk menyampaikan berita kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang lain. Bagus untuk memastikan orang sekeliling kita kekal selari dengan perkembangan semasa.

Namun, masalah terjadi apabila kebanyakan kita gagal untuk membuat penilaian, penaakulan serta imbangan berkaitan informasi yang diterima sebelum maklumat tersebut disampaikan kepada orang lain.

Langkah berhati-hati juga harus diambil dengan cuba mendapatkan kepastian dari sumber asal informasi yang diterima. Di samping itu analisis serta perbandingan juga boleh dibuat dengan beberapa sumber lain (memandangkan berita kini disampaikan dalam banyak platform mahupun portal online yang boleh dianggap sahih beritanya).

Ada pula sejenis kumpulan manusia lain terutamanya mereka yang bekerja di sektor kerajaan yang kerapkali perlu mengendalikan RAHSIA BESAR turut sama tak ketinggalan untuk menjadi hebat di kalangan kawan-kawan sekitarnya. Mungkin hal tersebut dikongsikan HANYA KEPADA KAWAN SEKELILING, tetapi kesannya amat besar dan sangat membahayakan.

Jadi, apakah perlu kita lacurkan integriti serta kepercayaan sesuatu pihak ke atas kita demi reputasi media sosial yg dahsyat???

3 comments

SALAM ADMIN MAAF TUMPANG IKLAN,JIKA TDK PERLU BLH DELETE...PERKONGSIAN TERBAIK BAGAIMANA BEBASKAN DIRI ANDA DARI KESULITAN KEWANGAN,SAYA SEDIA MEMBANTU MELALUI KELUARAN 'EPF AKAUN 2'..NO UPRONT..100% DAPAT,SYARAT2 ADA SIJIL SPM,MINIMA AKAUN2, 5K MKSIMA 20K,..JUMPA SAYA TERUS TANPA KERAGUAN..MSJ 0103682312,NAK JADI EJEN PN BLH DPT KOMISEN 200 UTK SEORANG

kadang-kadang manusia suka berlebih-lebihan dalam berkongsi apa yang mereka tahu.. semua nak jadi jaguh tapi terlupa kesan disebalik tindakan sendiri yang menyusahkan orang lain..

Sebarang komen amatlah dihargai.