Friday, September 19, 2014

Apabila kita menjadi HAMBA BANK

Sejak bergraduan, ramai yang mula mengimpikan untuk memiliki sesuatu yang telah lama mereka idamkan. Antaranya kereta, rumah, isteri dan bermacam-macam lagi.
Jual kuih pon mampu mempelbagaikan pendapatan - HIASAN

Justeru itu, ramai graduan diberi peluang melalui pelbagai jenis skim pembiayaan oleh pihak bank untuk membolehkan mereka mendapatkan keperluan diri dalam menempuh dunia pekerjaan.

Maka tidak hairanlah jika kebanyakan graduan mencari peluang kerja di sektor kerajaan (agar mudah dapat pembiayaan atau loan) dan tidak kurang juga yang mula mencari pekerjaan di syarikat swasta yang menawarkan perjawatan tetap atau permanent.

Dalam dunia yang penuh mencabar serta ekonomi dunia yang sentiasa dalam keadaan tak menentu, individu akan terpaksa berhutang dengan bank untuk membolehkan mereka memiliki aset tertentu yang biasanya tidak mampu dimiliki dengan pembayaran secara one off.

Tetapi sejak era 1990-an, ramai yang mula terperangkap dengan kemudahan pembiayaan oleh pihak bank yang seterusnya menjadikan kebanyakan kita menjadi HAMBA BANK. Malah, tidak keterlaluan juga untuk aku katakan kita "bekerja untuk bank" sebenarnya.

Contoh perkiraannya begini:
Pembiayaan Kereta = 9 tahun
Pembiayaan Rumah = 20 tahun
Pembiayaan Peribadi = 10 tahun (ini jumlah minima yang biasa diambil untuk urusan kenduri kahwin)
Lain-lain pembiayaan = 5 - 10 tahun (kad kredit, perabot dll)

Bayangkan sepanjang hampir 25 tahun kerja, lebih 60% daripada jumlah pendapatan digunakan untuk membayar kepada pihak bank!

Itu pon dikira bernasib baik, jika anda memulakan kerjaya pada umur 25 tahun, menjelang umur 50 tahun anda sudah berjaya melangsaikan hutang yang ditanggung sejak mula bekerja.

Bukankah ini memberi petanda yang kurang sihat kepada struktur masyarakat kita?? Apakah kita perlu bertindak?

Aku sendiri sentiasa berusaha untuk mengelakkan diri dari terjebak dari situasi penghambaan seperti ini. Maka aku akan memastikan maksimum hanya 40% dari pendapatan digunakan untuk membayar pembiayaan agar kecairan wang (liquidity) kekal dikuasai oleh aku sendiri.

Tidak lain tidak bukan, kita kena mencari jalan alternatif untuk mempelbagaikan pendapatan kita dengan bijak dan teratur TANPA MENGGANGGU TUGAS UTAMA (iaitu pendapatan asas kita).

***Kini anda juga boleh hubungi saya melalui email saya@hilalazmi.com ;)


2 comments

perkongsian yg sangat baik.
tahniah anda ada blog yg banyak info.

jemput blogwalking di www.yatiadam.com

Sebarang komen amatlah dihargai.