Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan. 

Terdapat banyak post yang sememangnya dah siap ditulis tapi tak berani untuk publish memandangkan ada yang sensitif sifatnya dan ada yang mengundang kemarahan pada extrimist yang semakin ramai di negara kita.

Itu belum lagi dari golongan pengikut yang kononnya banyak membaca. 

Padahal hanya mampu baca post yang dikeluarkan melalui platform seperti facebook, twitter dan macam-macam lagi.

Apa yang pasti, hari ni dah hari ke 15 Syawal untuk tahun ni.

Raya pon rasa laju tahun ni. Ingatkan puasa saja..

Puasa aritu punya laju sampai tahap tak sempat beli baju raya. Maka berjubah lah aku untuk solat sunat Aidilfitri. Jubah tu mak beli masa Umrah beberapa tahun lepas.

Tapi kisah raya aku agak menarik. Masih mampu untuk menikmati juadah masakan mak yang berusaha keras memasak rendang ayam, ketupat daun palas, sambal tumis ikan bilis dan jugak nasik lemak di pagi raya.

Dan yang paling penting dapat bergambar bersama satu family!!! yeay!!



Malangnya di hari raya kedua aku terpaksa pulang ke ibukota untuk kembali bertugas sebagai pejuang kota.

Tahun depan Keisha dah berlari!!! seronok sikit nak melayan dia beraya...hehe

Diriku
August 11, 2014
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Hebat!