Cabaran membantu penduduk Palestin.

Kehancuran infrastruktur di Gaza sememangnya memberi kesan besar kepada penduduk Palestin.

Mereka yang hidup terkepung sejak beberapa bulan lalu sentiasa berada dalam ketakutan malah terus terputus hubungan untuk mendapat bekalan kehidupan asas.

Antara yang paling sukar untuk didapatkan ialah bekalan makanan. Sejak pintu sempadan di Mesir disekat, banyak bantuan yang cuba disalurkan terhenti di sana.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM telah berusaha sejak Ramadan lalu untuk menembusi sempadan Mesir di Rafah dalam usaha menghantar bantuan.

Menurut Pengarah Strategik MAPIM, Sani Araby Al Kahery, "kami dah cuba 10 kali untuk masuk ke Gaza tetapi tidak berjaya".

Tambahnya, nilai bantuan lebih RM1 juta sudah sedia di Mesir melalui 6 kontena barangan makanan dan keperluan asas lain untuk rakyat Palestin.


Justeru itu, pimpinan MAPIM yang diketuai Presidennya, Cikgu Azmi bertolak pada Isnin untuk usaha menghantar bantuan di samping mewujudkan tabung bantuan kecemasan Palestin yang bakal melibatkan lebih 15 negara lain.

Moga usaha mereka kali ni dipermudahkan dan terus disokong oleh rakyat Malaysia.

Teruskan memberi sumbangan melalui laman www.TabungGaza.com


Kebajikan
August 11, 2014
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Hebat!