Tuesday, August 19, 2014

Bayar RUMAH atau SURI RUMAH??

Tahun lepas aku diberi peluang oleh Abang Ensem untuk jadi emcee bengkel hartanahnya di Shah Alam.

Sebagaimana yang kebanyakan geng hartanah sekitar KL, buku hartanah dan seminar hartanah oleh Abang Ensem sentiasa jadi perhatian. Dek kehenseman beliau, kelas dia sentiasa penuh yang mengakibatkan Denaihati turut terkesan dgn situasi terbabit.

Ini status Denaihati semalam.


Aku ni selalu terpikir untuk invest dalam hartanah dah lama.. Sebab gatai baca buku Abang Ensem ni, maka aku jadi susah hati..


Aku masih takut-takut nak memulakan pelaburan hartanah ni memandangkan aku ni gaji belum cukup besar untuk pelaburan hartanah. Tapi bila aku rujuk Abang Ensem, dia akan kata "hang cuba kecik2 dulu Lal.. Aku yakin kompem boleh punya.."

Maka semalam aku pon cuba nasib tanya kat abah untuk "buat loan" bayar deposit rumah. 

Aku : "Abah, pinjam 10k boleh dak??"
Abah : "hang nak buat apa?"
Aku : "ada la... Alaaa abah park ja dlu 10k kat Lal nnti time abah sesak bleh la amek balik kat Lal.."
Abah : "hang nk buat deposit RUMAH ka?"
Aku : "ada la bah.... Bleh ka??"
Abah : "baek hang habaq betoi2... Nak deposit rumah ka hang nak bayar utk SURI RUMAH??"

Aku tersentap! Maka aku bye2 kan perbualan dengan abah secepat mungkin.

Sambil dalam hati... Kenapa abah bagi idea bernas cmni kat aku ha???



22 comments

Deposit beli rumah..
Deposit suri rumah..eh nak sama lah..

abah tak sabar nak dapat menantu tu hahaha

kalau dua-dua skali pun bole kaannn?:-)

semoga abah segera dapat menantu...amin :)

Bayar suri rumah la..ada rumah xde suri rumah xbest !

Tangkap dua2 lagi bagus..salam perkenalan Lal...

err yang Suri Rumah tu sekarng dengar macam lagi mahal deposit nya

Hahaha klo bisa nak dapat dua-dunya

comel ayah hilal, rumah ok, suri rumah lagi ok

bijak...bijak.. idea yang menarik. tapi baik bayar rumah dulu

bagus la ayat ayah tu..nak buat deposit rumah ke surirumah..hihi

Sebarang komen amatlah dihargai.